suria

Kilafairy beli rumah sebelum umur 30 tahun, tapi lebih selesa menetap di kediaman arwah ibu… “Setiap sudut mengingatkan saya kepada dia”

Kilafairy mengakui lebih selesa tinggal di rumah keluarganya.

SUDAH dua tahun memiliki kediaman sendiri, penyanyi dan pelakon Kilafairy bagaimanapun berkata dia lebih selesa untuk terus menetap bersama keluarga.

Kata Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 31, dia lebih seronok sentiasa berada di samping ibunya semasa arwah Rohana Jalil masih hidup dan menghabiskan masa bersama keluarga.

kila3 - 1

Kilafairy bersama kakaknya, Shakira (kiri) dan Allahyarham ibunya, Rohana.

"Dua tahun yang lalu, saya membeli rumah ini kerana salah satu aspirasi saya adalah untuk memiliki kediaman sendiri sebelum mencecah usia 30 tahun.

"Saya mengubahsuai dan rumah ini kelihatan menakjubkan... bagaimanapun saya hanya sempat tinggal di sana selama dua kali kerana saya sangat terikat dengan Mama.

ARTIKEL BERKAITAN: Kilafairy dijangkiti Influenza A, pertama kali sakit tanpa ibu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kilafairy puas dapat jaga Rohana Jalil, ada 2 pesanan dipegang buat selamanya

"Akhirnya saya membuat keputusan untuk menyewakan rumah tersebut, tetapi Alhamdulillah ia diuruskan oleh penyewa yang bertanggungjawab," katanya.

Kilafairy berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dua tahun yang lalu, saya membeli rumah ini kerana salah satu aspirasi saya adalah untuk memiliki kediaman sendiri sebelum mencecah usia 30 tahun

KILAFAIRY

PELAKON

Menerusi perkongsian yang dibuat, kediaman milik pelakon filem Karak itu dilihat berkonsepkan moden minimalis dengan memilih rona putih sebagai tema.

Kilafairy turut meluahkan rasa rindu untuk menetap di kediamannya sendiri, namun menyifatkan dia lebih merasai kasih sayang dan selesa apabila tinggal di rumah keluarga.

Tambahnya lagi, rumah berkenaan menyimpan seribu kenangan yang mengingatkannya kepada Allahyarham ibu.

"Kadang kala saya rindu untuk tinggal di rumah saya sendiri tetapi kasih sayang dan keselesaan yang saya rasai di rumah mama tidak ternilai.

"Di sinilah saya dibesarkan, di mana saya mempunyai banyak kenangan dan di mana saya rasa paling selamat dan disayangi.

kila1 - 1

Shakila berjaya memiliki rumah sendiri sebelum usia 30 tahun.

"Setiap sudut rumah mama mengingatkan saya kepada dia... jika rumah yang saya diami sekarang ini mempunyai hati, ia merupakan hati mama," katanya.

Untuk rekod, Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil meninggal dunia pada 20 Jun lalu akibat kebocoran usus.

Rohana menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain