suria

Ahmad Kassan selamat dikebumikan di Singapura, Aznil Nawawi dedah tumpang rezeki - “Itu semua saham kau di sana”

Aznil sebak kehilangan sahabatnya iaitu Ahmad Kassan.

BERITA pemergian koreografer terkenal Ahmad Kassan pada pagi Jumaat meninggalkan kesan mendalam buat pengacara Datuk Aznil Nawawi.

Mengimbau kenangan bersama Allahyarham, Aznil memberitahu kerjasama menerusi program popular Macam-Macam Aznil (MMA) suatu ketika dahulu antara memori manis yang akan dikenang sampai bila-bila.

Kata Aznil biarpun ramai menyifatkan koreografi yang diketengahkan Allahyarham sebagai ketinggalan zaman namun dia tetap mahu mengambil Ahmad Kassan menjadi sebahagian dalam program berkenaan.

mma1 - 1

Aznil merasai kehilangan Allahyarham Ahmad Kassan.

"Ketika orang kata stail tarian mu sudah outdated, aku tetap mahu kau menjadi sebahagian daripada MMA.

"Kau sendiri akui itu dan kau sendiri ucap syukur dihadapan aku... Tapi sebenarnya aku juga menumpang rezeki atas kehebatan dan kebaikan engkau, Ahmad.

ARTIKEL BERKAITAN: Penari dan koreografer ‘Macam-Macam Aznil’ Ahmad Kassan meninggal dunia di Singapura

ARTIKEL BERKAITAN: Aznil Nawawi mentor program Raja Viral, dedah prank lempar kek hanya lakonan... sudah nasihat jangan buat video 'makan' diri

"Itu semua saham kau di sana, rindu memang rindu," katanya.

Aznil berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Aznil memberitahu dia terkedua ketika mendapat perkhabaran sahabat baiknya itu pergi menghadap Illahi.

Aznil juga meluahkan rasa kesal kerana tidak mengetahui tentang kesakitan dialami Ahmad Kassan dan mengakui dia bukan seorang kawan yang sempurna.

"Saya terdiam lama bila dapat perkhabaran (Ahmad Kassan meninggal dunia). Semua muncul serentak antara kenangan lama dan cerita yang saya tak tahu tentang kesakitan serta pemergiannya.

"Maafkan aku Ahmad kalau aku bukan kawan yang sempurna. Tapi percayalah aku sangat menyenangi engkau," ujarnya.

Untuk rekod, Macam-Macam Aznil merupakan sebuah program kekeluargaan yang dihoskan oleh Aznil yang mula ditayangkan pada 2004 di saluran Astro Ria.

Antara segmen yang membuatkan program ini popular ialah segmen Anak Anakku dan Kandid selain temu bual bersama artis terkenal.

Turut diselitkan acara tarian yang diketuai oleh Ahmad Kassan.

mma2 - 1

Ahmad Kassan selamat dikebumikan di Singapura.

Macam-Macam Aznil pernah diiktiraf sebagai Program Bual Bicara Terbaik Asia 2005 serta menang Anugerah Skrin 2007.

Dalam perkembangan lain, kakak kepada Allahyarham iaitu Poniah Kassan memaklumkan jenazah selamat dikebumikan di Pusara Aman Singapura pada pukul 11 pagi Jumaat.

Poniah memaklumkan Ahmad Kassan meninggal dunia pada Khamis namun tidak mendedahkan punca kematiannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain