suria

Bukan senang peserta ‘Big Stage’ Hoondoo nak nyanyi lagu bahasa Melayu… Tertarik selepas tonton video Aina Abdul

Hoondoo yakin dapat lakukan yang terbaik dalam Big Stage 5.

PESERTA duo Big Stage musim kelima (BS5) dari Korea Selatan iaitu Hoondoo mengakui perbezaan bahasa merupakan salah satu cabaran yang perlu dilalui sepanjang bertanding dalam program realiti nyanyian berkenaan.

Hoondoo dianggotai oleh Lee Seung Hoon, 34, dan Doo Jin Soo, 33, bagaimanapun berkata mereka tidak mahu mengalah dan yakin mampu memberikan saingan dalam program berkenaan.

"Sejujurnya memang agak sukar untuk bertanding dalam program ini disebabkan kekangan bahasa yang dilalui.

hoondoo2 - 1

Hoondoo tidak mahu mengalah.

"Namun, kami sentiasa cuba lakukan yang terbaik dan mahu mencabar diri sendiri. Kami tahu, kami boleh lakukan," katanya kepada mStar.

Hoondoo berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media minggu pertama Big Stage musim kelima yang diadakan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Big Stage 5 buat kejutan, pelawak popular Indonesia Rina Nose pengacara bersama Elly Mazlein

ARTIKEL BERKAITAN: Sertai Big Stage sebab nak popular, Nadeera harap pertandingan terakhir selepas 6 kali cuba nasib

Dalam pada itu, duo berkenaan turut bersyukur dengan kehadiran peserta Isaac Voo yang juga merupakan anggota kumpulan Skye atau sebelum ini dikenali dengan nama in2it yang bertapak dalam industri hiburan di Korea Selatan.

Kata Hoondoo, Isaac banyak membantu dengan memberikan penjelasan setiap kali mereka berdepan dengan masalah komunikasi.

Ia sekali gus membuatkan Hoondoon berasa selesa untuk terus memberikan saingan dalam pentas BS5.

Kami sentiasa cuba lakukan yang terbaik dan mahu mencabar diri sendiri. Kami tahu, kami boleh lakukan!

HOONDOO

PESERTA BIG STAGE 5

"Kami suka Isaac kerana dia banyak membantu kami untuk mengalih bahasa dan membuatkan kami berasa selesa disini.

"Kehadiran Isaac membantu kami rasa lebih selesa untuk menyesuaikan diri dalam program BS5 ini," ujar mereka.

Hoondoo sebelum ini dikenali apabila kerap merakamkan lagu cover berbahasa Melayu di laman YouTube rasmi mereka.

Dalam pada itu, Hoondoo berkata ketua juri iaitu Aina Abdul banyak memberikan inspirasi kepada mereka untuk menyanyikan lagu bahasa Melayu.

"Pada mulanya kami menonton video Aina menyanyikan lagu cover bahasa Korea dan kami mula mencari tahu tentang lagu-lagu Aina.

"Kami menyedari lagu-lagu dari Malaysia sangat bagus dan disebabkan itu kami tertarik untuk merakamkan banyak lagu-lagu cover berbahasa Melayu," katanya.

hoondoo11 - 1

Hoondoo berjaya menduduki kedudukan pertama dalam BS5.

Pada malam Ahad, Hoondoo muncul sebagai peserta yang menduduki kedudukan teratas dengan markah tertinggi iaitu sebanyak 81 peratus.

Tempat kedua pula berjaya diraih oleh COEX dengan markah 78.67 peratus diikuit peserta dari Indonesia, Waode yang berjaya memungut 76.67 peratus.

Sementara itu, Isaac Voo (56.33 peratus), Meer Nash (51 peratus) dan Farhan Shah (37 peratus) masing-masing berada di kedudukan ketiga terbawah namun tiada penyingkiran yang berlaku untuk minggu pertama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain