suria

Gadis Serani cinta baharu Ewal, rancang nikah hujung tahun

Ewal dan Shania mula rapat sejak awal tahun.

HATI penyanyi Ewal yang patah akibat putus tunang tahun lalu kini sudah kembali pulih apabila menemui cinta baharu dengan seorang gadis berketurunan Serani bernama Shania Miller.

Ewal atau Ikhwan Hafiz Ismail, 31, berkata, hubungan dengan gadis berusia 23 tahun itu mula bertaut sejak awal tahun ini dan menafikan sudah mendirikan rumah tangga selepas dilihat meraikan Aidilfitri bersama baru-baru ini.

"Kami belum berkahwin lagi. Baru sahaja mula bercinta sejak awal tahun ini.

"Shania berbangsa Serani dan kami meraikan hari raya bersama pun sebab dia ikut saya pulang ke kampung di Teluk Intan, Perak selepas mendapat keizinan keluarga kedua-dua belah pihak," katanya kepada mStar.

ewal 13

Ewal sedia bergelar suami.

Ewal menjelaskan perkara itu selepas foto yang dimuat naik bersama Shania di Instagram disalah erti sesetengah pihak sehingga ada mengucapkan tahniah kepadanya kerana disangka sudah berkahwin.

Bagaimanapun bagi mengelak salah faham, Ewal bertindak memadam foto tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dengan adik Rody Kristal sudah berakhir, Ewal belum bincang dengan keluarga mahu putus tunang

ARTIKEL BERKAITAN: Ewal selamat bertunang dengan adik Rody Kristal, rancang kahwin akhir tahun

Tambah vokalis kumpulan Kristal ini mereka juga merancang untuk berkahwin namun belum menetapkan sebarang tarikh.

"Keluarga kedua-dua belah pihak sudah kenal antara satu sama lain. Mereka tidak ada masalah dengan hubungan kami.

"Insya Allah kami akan berkahwin hujung tahun ini atau awal tahun depan. Belum ada tarikh tetap lagi,” ujarnya.

Insya Allah kami akan berkahwin hujung tahun ini atau awal tahun depan. Belum ada tarikh tetap lagi

EWAL

PENYANYI

Berkongsi detik awal perkenalan mereka, Ewal dan Shania pertama kali bertemu dalam satu acara sekitar 2018.

"Lepas berjumpa di acara itu, kami jadi kawan di Instagram. Tetapi tidaklah berhubung. Hanya kenal di media sosial sahaja. Memang baru tahun kami rapat bersama,” jelasnya.

Ewal sebelum ini pernah bertunang dengan penyanyi Adda pada 10 September 2021.

Bagaimanpun pada Ogos tahun lalu, Ewal mendedahkan hubungan mereka sudah berakhir dan Adda telah pun mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya hujung tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain