suria

Meriah sambutan ‘birthday’ anak Puteri Sarah... netizen tersentuh tengok hubungan Yusof Haslam dengan besan

Yusof Haslam berjabat tangan dengan besan setuh hati netizen.

PERKONGSIAN foto pelakon Puteri Sarah Liyana menyambut ulang tahun keempat kelahiran anak keduanya iaitu Sumayyah pada Ahad lalu mencuri perhatian pengikut.

Turut kelihatan dalam perkongsian itu ialah ibu bapa Puteri Sarah dan juga kedua mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail serta keluarga terdekat.

Namun apa yang mencuri perhatian netizen ialah ketiadaan pengarah Syamsul Yusof dalam majlis berkenaan.

"Mana yang kata nak berdamai, birthday anak tak tunjuk muka pun.

337769942_896048295110733_1019655342825603495_n - Copy

Ulang tahun Summayah disambut meriah.

"Cakap nak jumpa berbincang dengan isteri tapi ulang tahun anak pun dia tidak ingat. Nasib baik ada datuk nenek yang selalu sayang dia," antara komen netizen.

Dalam perkongsian lain, Puteri Sarah turut meluahkan rasa syukur apabila hubungan keluarganya dengan bapa mentua masih lagi erat walaupun berdepan kemelut rumah tangga yang belum berkesudahan.

Malah dalam satu foto, Yusof Haslam dan bapa Puteri Sarah iaitu Megat Kamaruddin dilihat berpegang tangan menunjukkan hubungan mereka masih lagi rapat.

"Dua figura yang sangat saya hormati dan segani. Dua figura yang sentiasa jaga sarah dan sayang Sarah.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kerap luah perasaan di IG, Yusof Haslam nasihat supaya lebih bertenang... “Dia harap Syamsul balik berjumpa”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Selepas nama digugurkan, Aaron Aziz terus dapat ‘offer’ berlakon filem Yusof Haslam... “Ini kebetulan, tak ada isu dengan Syamsul”

"Besan’s for life, moga hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat tidak kira apa pun yang terjadi pada masa hadapan.

"Terima kasih kerana menghormati keputusan Sarah," tulisnya.

Sementara itu, Datin Patimah juga meletakkan harapan agar hubungan kekeluargaan mereka terus erat walau apa jua berlaku selepas ini.

"Ya Allah semoga silaturahim ini sehingga akhir hayat. Amin, amin, amin. Happy birthday Puteri Summayah," tulisnya.

337535055_740754331059876_349830572599168375_n

Yusof Haslam dan besan tetap erat walaupun rumah tangga anak bergolak.

Pada 21 Mac lalu, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Sehari selepas itu, Puteri Sarah pula hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan permohonan hadanah atau tuntutan hak penjagaan terhadap dua anaknya.

Pasangan ini sama-sama hadir pada sidang JKP di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) pada 24 Mac bagi proses JPK bersama wakil masing-masing.

1956864

Rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah jadi bualan ramai.

Bagaimanapun, JPK itu gagal mencapai sebarang keputusan apabila Puteri Sarah bertegas untuk meneruskan penceraian.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Summayah, 4 tahun.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul mendedahkan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar yang berlangsung di Thailand.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain