suria

Ceria Popstar Xtra buka jalan Amani jadi penyanyi, rupanya sudah naik pentas sejak umur 6 tahun

Amani mempunyai bakat menyanyi sejak kecil lagi.

KECIL-KECIL cili api, begitulah sinonimnya dengan bakat baharu penyanyi Zuhairah Amanina atau lebih mesra disapa sebagai Amani yang kini baharu berusia 13 tahun.

Bakat nyanyian dimiliki Amani bermula ketika usianya masih enam tahun dan ketika itu dia sering memasuki pelbagai pertandingan nyanyian, bukan hanya di peringkat sekolah, malah daerah dan juga negeri.

Bakat penyanyi remaja ini mula dicungkil menerusi program realiti Ceria Popstar Xtra pada tahun lalu.

amani1 - 1

Amani bersyukur kini mempunyai single lagu.

"Pada tahun lepas, Ceria Popstar Xtra ada mengadakan sesi ujibakat dan saya hanya sekadar mencuba nasib sahaja.

"Tidak sangka pula terpilih dan berjaya ke peringkat akhir. Walupun tidak memenangi tempat pertama, tapi saya bersyukur kini masih boleh meneruskan bakat dalam bidang nyanyian," katanya.

Dalam pada itu, Amani mengorak langkah dengan single debut berjudul Lakaran Magika hasil ciptaan komposer berpengalaman, Harits Agustin dan lirik oleh Azian MNor.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun menanti... Ayu Damit sanggup keluar modal sendiri demi 'Kejam'

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara cover 'Tenang ribut jiwa...', Ki Misri dituduh ciplak karya orang - "Rumah Bahagia tak sama dengan lagu itu"

Amani juga merupakan salah seorang bintang kelahiran label Rocketfuel Entertainment.

"Syukur Alhamdulillah di atas peluang ini kerana cita-cita saya mempunyai single sendiri akhirnya tercapai juga.

"Idea disebalik lagu ini datangnya dari abang Harits Agustin sendiri yang mahukan sebuah karya yang sesuai dengan usia saya, katanya sinaran pelangi yang terhasil setelah hujan reda sangat mempesonakan lantas memberikan keajaiban dunia fantasi imaginasi kanak-kanak yang polos," ujarnya.

Walupun tidak memenangi tempat pertama, tapi saya bersyukur kini masih boleh meneruskan bakat dalam bidang nyanyian.

AMANI

PENYANYI

Single dalam nuansa pop balada ini dihiasi melodi seakan 'nursery rhyme' dan tidak sarat dengan elemen muzik yang pelbagai sesuai dengan imej remaja Amani.

Tambahnya lagi, proses rakaman lagu hanya mengambil masa selama tiga hari, manakala penggambaran video muziknya pula dihasilkan dalam masa sehari.

Amani juga berharap agar single pertamanya ini mendapat sambutan dan menghiburkan pendengar.

"Saya berharap agar lagu ini mendapat sambutan dari pendengar di luar sana, terutamanya golongan remaja seperti saya, dan semoga lagu ini dapat menceriakan semua orang," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain