suria

Enggan tumpang populariti Haqiem Rusli... Zali sanggup ‘merangkak’ dalam industri tanpa guna nama abang

Zali mahu dikenali dengan cara tersendiri.

BERGELAR adik kepada penyanyi popular Haqiem Rusli bukanlah tiket mudah buat Zali Rusli mencipta nama dalam industri muzik.

Dalam hal ini, Zali, 17, tidak mahu terus dibayangi oleh abangnya dan berharap orang ramai mengenalinya kerana bakat dan lagu nyanyian sendiri.

"Saya ikhlas untuk berada dalam industri hiburan ini kerana minat, dan saya tidak mahu dibayangi atau dikata menumpang populariti abang saya.

zali rusli 2

Zali selesa bekerjasama cipta lagu dengan Haqiem.

"Saya tak kisah jika orang tak kenal saya sebagai adik Haqiem Rusli. Saya lebih selesa untuk merangkak dan berdiri di atas nama dan bakat sendiri," katanya.

Meskipun begitu, Zali akui lebih selesa untuk tampil dengan lagu baharu ciptaan bersama abangnya itu.

Tidak menolak untuk bekerjasama dengan komposer lain di masa akan datang, Zali berpendapat lagu baharunya berjudul Kamu Cantik Malam Ini sangat tepat dengan cita rasa pendengar muzik semasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Balan Kash buktikan mampu kuasai bahasa Melayu dengan baik, ajak Hazama duet lagu ‘Terima Kasih’

ARTIKEL BERKAITAN: Artis baharu Dina Nasz ada identiti sendiri, bukan tiru Iman Troye

"Buat masa sekarang saya rasa selesa menyanyikan lagi ciptaan kami dan ia mendapat persetujuan syarikat pengurusan. Saya rasa lebih yakin nyanyi lagu ciptaan kami bersama.

"Jika dilihat situasi sekarang, ramai pendengar sukakan lagu lagu jiwang balada era 90-an, jadi saya rasa lagu ini memang bertepatan dengan konsep dan selera dan pendengar masa kini.

"Namun jika diberi peluang saya juga mahu menyanyikan lagu pencipta lain," jelasnya.

Saya rasa lebih yakin nyanyi lagu ciptaan kami bersama

ZALI RUSLI

PENYANYI

Sementara itu, Zali juga berkata dia enggan terlalu mengikut trend semasa kebanyakan artis di bawah syarikat pengurusan sama yang banyak menyanyikan semula lagu-lagu lama.

Bagi Zali dia percaya karya-karya baharu juga boleh melekat di hati peminat dengan mudah jika menggunakan formula yang betul.

"Biarlah penyanyi-penyanyi senior buat dahulu, rakamkan kembali lagu lama... mungkin satu hari nanti saya juga akan buat.

zali rusli 3

Lagu terbaharu ciptaan Zali jadi buah tangan buat peminat.

"Saya yakin jika kita boleh mencipta satu karya baru yang boleh dipopularkan dan masih menepati selera pendengar. Kenapa kita nak bergantung pada lagu lama sahaja kan?" ujarnya.

Kamu Cantik Malam Ini mula dilancarkan di semua platform digital bermula Khamis.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain