suria

Tiga lelaki bukan penyamar... Polis sahkan Dolla diperiksa anggota sebenar sedang buat rondaan

Dolla dakwa ditahan tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis menyamar.

POLIS memanggil anggota kumpulan Dolla bagi memberi keterangan berikutan kenyataan yang dimuat naik oleh kumpulan itu di Twitter mendakwa telah ditahan tiga orang lelaki menyamar sebagai polis pada Selasa lalu.

Menurut satu kenyataan, Ketua Polis Serdang ACP A. A Anbalagan mengesahkan ketiga-tiga individu yang dituduh penyamar adalah anggota polis sebenar yang sedang menjalankan tugas pemantauan dan rondaan cegah jenayah.

Polis panggil 'Dolla' untuk tampil beri keterangan

"Ketiga-tiga anggota polis itu sedang membuat pemantauan kegiatan ops pusat hiburan dan rondaan cegah jenayah di kawasan pentadbiran Puchong Jaya," katanya.

Anbalagan turut memaklumkan sebelum meminta kad pengenalan empat wanita berkenaan, ketiga-tiga polis itu sudah memperkenalkan diri sebagai polis dan menunjukkan kad kuasa.

Pemeriksaan terhadap anggota kumpulan Dolla itu dilakukan selepas mereka dilihat dalam keadaan mencurigakan semasa berada di tepi jalan pada jam 11.30 malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Dolla cemas ditahan ‘polis’ tepi jalan, minta tunjuk kad kuasa kena marah pula - “Kami sangka akan dirompak”

ARTIKEL BERKAITAN: Menari pakai skirt pendek, netizen tanya ‘Dolla terlepas pandang lagi ke?’

"Selepas pemeriksaan polis dilakukan, mereka dibenarkan beredar dari lokasi kerana tidak menemui sebarang kesalahan dilakukan," katanya.

Sebelum ini, anggota kumpulan Dolla memuat naik hantaran di Twitter mendakwa mereka ditahan oleh tiga orang lelaki yang mengaku sebagai anggota polis ketika menunggu kenderaan selepas selesai menjalani latihan tarian di Puchong pada selasa lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain