suria

Peluang tunai Haji tahun ini, anugerah teragung buat Nelydia Senrose dan suami

Nelydia dan suami berangkat ke Makkah pada Ahad.

PELUANG menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah Haji tahun ini, pelakon Nelydia Sensore meluahkan rasa syukur dan menganggap ia sebagai satu nikmat besar dalam hidupnya.

Nelydia atau Nik Nelydia Senrose Nik Sen dan suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid berangkat untuk menyempurnakan rukun Islam kelima itu pada Ahad.

“Dengan penuh rasa syukur, gembira dan tawaduk di atas kebesaran Sang Pencipta yang mengizinkan kami untuk menjadi tetamu bagi menunaikan ibadah haji.

nelydia 2

Kesempatan menunaikan ibadah haji adalah anugerah terindah buat Nelydia.

“Ini adalah anugerah yang maha agung buat kami berdua. Tidak akan terlawan dengan anugerah dari-Nya ini yang tidak mungkin saya dustakan sehingga akhir hayat,” katanya.

Selain memohon doa dipermudahkan, Nelydia juga turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua sebelum berangkat ke kota Makkah.

“Saya dengan penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemaafan kepada semua yang mengenali saya. Halalkan makan dan minum kami.

ARTIKEL BERKAITAN: Nelydia Senrose bimbang hati bolak-balik, mahu jadi muslimah lebih baik

ARTIKEL BERKAITAN: Nelydia Senrose teliti tawaran elak watak sama, tak beri impak

“Saya mohon agar dapat titipkan doa buat saya dan suami agar selamat pergi dan balik. Dipermudahkan segala urusan dengan izin-Nya mendapat haji mabrur,” ucapnya.

Nelydia yang berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya turut mendapat ucapan selamat dari peminat serta rakan-rakan artis.

Tidak akan terlawan dengan anugerah dari-Nya ini yang tidak mungkin saya dustakan sehingga akhir hayat

NELYDIA SENROSE

PELAKON

“Masya Allah. Gembira untuk awak. Alhamdulillah dijemput dan bakal jadi tetamu Allah. Semoga haji mabrur buat anda berdua. Doakan juga kami disini,” ucap Lisa Surihani.

“Masya Allah... seronoknya. Semoga dapat haji mabrur,” kata Mira Filzah pula.

Nelydia dan suami mendirikan rumah tangga pada April 2019 dan mereka sebelum ini pernah ke Makkah mengerjakan ibadah umrah hujung tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain