suria

[VIDEO] Menang besar di AME2021... Orang mula cakap belakang tuduh Shiha Zikir beli undi

MENANG besar di malam Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021), penyanyi Shiha Zikir menyedari pasti ada segelintir pihak yang akan mempertikaikan keputusan tersebut dan menganggap dirinya tidak layak diberi pengiktirafan sebegitu.

Enggan ambil pusing dengan setiap kata-kata negatif itu, Shiha berkata dia banyak belajar daripada pengalaman lalu dan menjadikan ia sebagai satu perkara yang positif.

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar rampas semula kemenangan, Shiha Zikir buat kejutan di AME2021

ARTIKEL BERKAITAN: Memalukan! Shiha Zikir pernah kena ‘sound’ dengan pelakon senior... Akhirnya kini jadi kawan rapat

"Saya tahu dengan kemenangan ini pasti akan ada yang rasa tidak puas hati. Baik dalam kalangan netizen atau orang-orang dalam industri sendiri, ia suatu yang normal jika orang tak suka.

"Kalau dahulu mungkin saya akan balas setiap kata-kata tersebut tetapi sekarang ini saya lebih fokus kepada diri sendiri dan orang sekeliling sahaja.

"Buat apa sekali pun pasti ada yang tidak kena di mata orang lain. Saya tidak pernah ambil hati jika ada yang mempertikaikan kemenangan ini," katanya kepada mStar.

shiha zikir 2

Shiha dan Khai Bahar menang anugerah utama Artis Top Top Meletop.

Dalam pada itu, Shiha berkata kemenangan di AME2021 memberikan satu kepuasan kerana sebelum ini dia sudah banyak kali menyertai pertandingan pelbagai program televisyen.

Malah, penyanyi lagu AEWO ini turut menolak dakwaan dia membayar kelompok peminat untuk mengundi bagi memenangi edisi kali ini.

"Memang puas dengan kemenangan ini. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan saya. Sebelum ini saya telah lalui fasa yang teruk dan sedar orang lain mungkin mengalami lebih lagi, jadi saya jadikan mereka sebagai inspirasi untuk berjaya

Kalau saya nak bayar sebab nak menang dah lama saya buat

SHIHA ZIKIR

PENYANYI

"Kalau saya nak bayar sebab nak menang dah lama saya buat. Boleh sahaja saya buat sebelum untuk anugerah lain atau bayar demi menaikkan jumlah penonton video muzik di laman sosial," ujarnya.

Dalam AME2021 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putarajaya (PICC) pada malam Ahad, Shiha mengungguli anugerah utama Artis Top Top Meletop (Wanita) selain empat anugerah lain iaitu Artis Versatil, Bintang Filem, Group/Duo dan Lagu Meletop.

shiha zikir 3

Lagu AEWO bawa tuah buat Shiha dan Noki yang menang dua kategori di AME2021.

Kata Shiha, kemenangan ini juga dianggap sebagai amanah untuk dia bekerja lebih keras sebagai anak seni.

"Memang tidak sangka dengan kemenangan malam ini. Apabila nama tercalon untuk empat kategori pun saya terkejut. Saya dah banyak menyertai pertandingan tetapi tidak pernah menang nombor satu.

"Ini adalah amanah sebagai anak seni untuk saya berusaha lagi dalam industri. Kalau boleh saya mahu bawa nama Malaysia ke peringkat luar," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain