suria

Persembahan macam robot, cepat hilang jiwa... Megat Rahim dan Syafiq Abdilah gagal ke separuh akhir Big Stage 2022

Syafiq dan Megat Rahim gagal mara ke separuh akhir Big Stage 2022.

MINGGU suku akhir menyaksikan dua peserta iaitu Syafiq Abdilah dan Megat Rahim tersingkir di pentas Big Stage 2022 yang berlangsung pada malam Ahad.

Bertemakan Rotasi 36T (Three Six T), Syafiq menyanyikan lagu Jeritan Batinku nyanyian asal Meet Uncle Hussien menerima markah 68.2 peratus manakala Megat yang menyampaikan lagu Kelentang Kelentong (Hael Husaini) mendapat 62.2 peratus daripada juri.

ARTIKEL BERKAITAN: Big Stage dituduh kacau rating AJL36, siap bagi Tokti buat ‘closing’ tema ‘This Is Siti Nurhaliza’ imbau zaman lagu Nirmala

A

ARTIKEL BERKAITAN: Mummy Jerung tersingkir Big Stage 2022, persembahan Sofiaa Marieylla kurang ‘feel’, slang Terengganu pekat sangat

Menurut juri tetap Ajai, biarpun memuji nada suara namun penjiwaan Syafiq kadang-kala hilang menyebabkan persembahannya dilihat tidak menarik.

“Pertama kena memikat tarikan. Permulaan acapella, belum sampai kehendak lagi. Setiap kali ada straight note, hilang.

“Awak cepat hilang jiwa... kejap ada, kejap tak ada. Awak ada nice tone to hear. Tapi tone akan lagi sedap kalau ada nyawa,” kata Ajai kepada Syafiq.

ASHAAisha Retno beri persembahan memukau.

Manakala, juri pedas pengarah Michael Ang menganggap persembahan Megat tidak menyakinkan malah tariannya dilihat seperti robot.

“Problem awak bila buat persembahan itu macam berlakon, tapi awak nampak macam tengah kira step macam robot. Tak beri persembahan yang menyakinkan,” ulas Michael Ang.

Menariknya konsert minggu keenam dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham, penyanyi Syamel dan Tomok menerusi lagu kumpulan KRU.

Awak nampak macam tengah kira step macam robot

MICHAEL ANG

JURI PEDAS & PENGARAH DRAMA

Dalam pada itu, tiga peserta menerima markah tertinggi minggu ini ialah Aisha Retno sebanyak 97 peratus, Danial Chuer (91.6 peratus) dan Tegar Sepian (85.4 peratus).

Kesemua peserta diberi tugasan menyanyikan lagu-lagu popular nyanyian juri tetap Siti Nurhaliza.

Selain Siti dan Ajai, Big Stage 2022 turut mengundang juri jemputan, Aliff Aziz manakala kerusi juri pedas pula diisi oleh pengarah Michael Ang dan juri presiden netizen, usahawan Datuk Seri Vida.

TEGARAjai selamatkan Tegar.

Minggu ini Ajai menggunakan imuniti unlocked menyelamatkan Tegar yang merupakan tiga peserta mendapat markah terendah.

Konsert Big Stage 2022 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya dihoskan oleh Sherry AlHadad dan Alif Satar.

Juara bakal bawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.

Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

Enam peserta yang layak meneruskan saingan minggu depan ialah Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Tegar, dan Ajoi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain