suria

Kerjaya nyanyian di Indonesia terjejas, Eira Syazira kecewa tak dapat balik Jakarta promosi lagu baharu

Eira tampil dengan lagu baharu berjudul SAY.

SEKATAN pergerakan dan kesukaran untuk ke luar negara membuatkan penyanyi dan pelakon Eira Syazira kecewa tidak dapat melakukan aktiviti promosi lagu terbarunya berjudul SAY yang merupakan terbitan sebuah syarikat pengurusan di Indonesia.

Justeru itu, Eira atau nama sebenarnya Syazira Shuhaimi, 38, hanya menggunakan medium media sosial untuk dia menggerakkan strategi promosi lagu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Eira Syazira Dipandang Serong Kerana Bisnes 'Online'

ARTIKEL BERKAITAN: Azad Jasmin syukur perkahwinan cecah 9 tahun, Eira Syazira dapat hadiah barang kemas bernilai RM15,000

“Kalau ikutkan memang banyak perancangan yang telah dibuat. Saya juga pernah menerima undangan program di stesen televisyen Indosiar.

“Namun selepas merakamkan lagu ini dua tahun lalu, perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, jadi tidak boleh bergerak untuk tujuan promosi. Sekarang hanya promosi di laman sosial sahaja.

eira syazira 2

Eira berharap kerjaya nyanyian di Indonesia akan berjalan lancar.

“Memanglah ada rasa sedikit kecewa, tetapi saya percaya rancangan Allah itu adalah sebaik-baiknya. Pihak pengurusan di sana pun sudah rancang untuk rancakkan kembali promosi pada Mac ini jika keadaan mengizinkan,” kata Eira kepada mStar.

Selain SAY, Eira juga telah merakamkan dua lagu lain di sana iaitu Kau Yang Ku Sayang dan Masih Ada Jodoh.

Dia bernaung di bawah syarikat pengurusan Positif Art Entertainment di Indonesia.

Mengimbau kembali perjalanan memulakan kerjaya di sana sejak tujuh tahun lalu, kata Eira ia bukanlah satu jalan yang mudah.

Banyak yang saya lalui termasuk kena tipu. Syukur akhirnya semula dipermudahkan.

EIRA SYAZIRA

PELAKON/PENYANYI

“Indonesia bagaikan rumah kedua buat saya. Malah saya ada kediaman dan team pengurusan yang baik di sana.

“Dua tahun terawal ketika memulakan kerjaya di sana bukan mudah. Banyak yang saya lalui termasuk kena tipu. Syukur akhirnya semula dipermudahkan.

“Percaturan Allah sangat baik. Saya ke sana untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan, tetapi rezeki menyanyi datang dahulu buat saya,” ceritanya.

Sementara itu, isteri kepada Azad Jasmin ini memberitahu dia lebih memilih dalam menerima tawaran berlakon di Malaysia.

Selain mahukan watak yang mencabar dan sesuai, Eira juga perlu membahagikan masa sebaiknya untuk kerjaya dan komitmen terhadap keluarga.

eira syazira 3

Keluarga bahagia Eira dan Azad.

“Saya sudah berlakon lebih dari 20 tahun, pelbagai watak yang saya sudah bawakan.

“Jadi jika menerima tawaran baharu saya akan betul-betul memilih watak yang mencabar. Selain itu perlu fikir juga komitmen masa sebab saya ada keluarga,” katanya.

Eira bakal tampil dalam drama berjudul Roxi untuk slot Lestari selain Sekeping Muruku Sebuah Rindu yang akan ditayangkan pada sambutan Deepavali tahun ini.

Eira dan Azad mendirikan rumah tangga pada September 2011 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ammara Sofea, 8, Ameisya Leann Rose, 5, dan Ariesya Suri Ratu, 4.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain