suria

Jasmine Suraya akui malu tengok semula aksi ranjang… Fikir dua kali sebelum terima tawaran

Jasmine Suraya bersedia menerima apa jua reaksi penonton.

MELAKONKAN babak ranjang, pelakon Jasmine Suraya mengakui malu untuk menonton semula aksinya itu dalam drama bersiri Villa Kristal.

Bagaimanapun, Jasmine, 32, menjelaskan babak panas yang dilakukan itu dengan bantuan teknik kamera.

"Saya tak boleh tengok watak yang saya lakonkan itu... sejujurnya saya fikir dua kali sebelum terima tawaran ini tapi ingin saya tegaskan itu bukan Jasmine Suraya, itu watak wanita bernama Angel.

ARTIKEL BERKAITAN: “So sweet la korang... nampak sesuai dengan Sufian Suhaimi!” - Jasmine Suraya ulas aksi romantik dalam ICSYV

ARTIKEL BERKAITAN: “Baju itu rekaan designer terkenal, mungkin saya perlu lebih berhati-hati” - Jasmine Suraya Chin ulas foto tak pakai coli

"Mungkin kita yang menonton akan nampak macam adegan seks tapi itu hanya camera angle, tak ada bersentuhan tubuh pun... memang babak tu nampak daring tapi tak macam tu pun.

"Semasa menerima skrip drama ini, pengurusan saya dah maklumkan kepada produksi apa yang boleh dan tak boleh, malah semasa di set penggambaran pun pengarah bertanya keselesaan saya. Sejujurnya agak malu juga semasa lakonkan babak itu," katanya kepada mStar.

jasmin 3

Empat heroin drama Villa Kristal, (dari kiri); Tiz Zaqyah, Jasmine Suraya, Mawar Rashid dan Mimi Lana.

Jasmine ditemui semasa pelancaran drama bersiri Villa Kristal yang diadakan di OpenHouse, KLCC, Kuala Lumpur pada Selasa.

Selain Jasmine, drama eksklusif yang bersiaran di platform digital WeTV ini turut dibintangi oleh Mimi Lana, Mawar Rashid, Tiz Zaqyah, Fadlan Hazim dan Nazrief Nazri.

Memang sangat berbeza karakter ini dengan peribadi saya, jadi penonton kena tonton dahulu drama ini dan barulah boleh menilai watak itu.

JASMINE SURAYA

PELAKON

Drama 13 episod arahan Kabir Bhatia dan Jason Chong ini boleh distrim menerusi aplikasi atas talian itu tidak lama lagi.

Dalam pada itu, pelakon filem Marabahaya Underground ini berkata dia seronok apabila diberi peluang berlakon bersama tiga lagi aktres hebat dalam drama ini.

jasmine 2

Barisan pelakon drama ekslusif WeTV Original, Villa Kristal.

"Memang seronok satu set dengan pelakon lain... masing-masing ada karakter tersendiri. Bagi saya ini cerita yang kita dah lama tak tengok, macam filem Sex And The City, Desperate Housewive dan Pisau Cukur.

"Ya memang ada beberapa babak mengejutkan tapi saya hanya bawa watak sahaja, kalau nak benci, bencilah Angel... tapi sebenarnya Angel ni tak jahat pun cuma dia ada pendirian buat apa sahaja yang dia mahu.

"Memang sangat berbeza karakter ini dengan peribadi saya, jadi penonton kena tonton dahulu drama ini dan barulah boleh menilai watak Angel itu," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain