suria

[VIDEO] Enam bulan bercinta, Oktovia Manrose mengaku ‘clingy’ dengan suami… Sama-sama belajar agama

ENAM tahun membawa status ibu tunggal, pelakon Oktovia Manrose memberitahu keikhlasan yang ditunjukkan Khairul Efsan membuat hatinya terbuka untuk kembali berumah tangga.

Tidak mengambil masa lama, Oktovia berkata dia mula bercinta dengan bekas pemain bola sepak Felda United itu sejak enam bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Oktovia Manrose nikah kali kedua, kini isteri bekas pemain bola sepak Khairul Efsan

Kata pelakon drama Biar Aku Jadi Penunggu ini, perangai yang sama menjadikan mereka mudah rapat dan serasi.

"Sebenarnya kami sudah kenal sejak tahun 2015 sebab dia pun dalam kalangan keluarga juga tapi tidaklah rapat ketika itu.

"Enam bulan lepas kami jumpa semula dan daripada situ mula mengenali lebih dalam hati budi masing-masing," ujarnya kepada mStar.

oktovia 3

Oktovia dinikahkan oleh bapanya Iwan Syahman.

Oktovia selamat bergelar isteri kepada Mohamad Khairul Efsan Mdisa kira-kira pukul 9.30 malam Selasa.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa kandung Oktovia iaitu penyanyi Dangdut atau nama sebenarnya Wan Syahman Wan Yunus dalam majlis yang diadakan di Magica Quil City Mall, Kuala Lumpur.

Enam bulan lepas kami jumpa semula dan daripada situ mula mengenali lebih dalam hati budi masing-masing.

OKTOVIA MANROSE

PELAKON

Dalam pada itu ditanya apa yang membuatkan dia tertarik kepada jejaka itu, Oktavia berkata dia melihat Khairul juga seperti dirinya yang sedang belajar untuk berubah ke arah mendekatkan diri kepada agama.

"Saya lihat dia macam saya yang kini berubah ke arah lebih baik. Kami sama-sama sedang belajar dan mendalami agama.

"Selain itu perangai kami sama, clingy sebab itu mudah sekepala walaupun baru enam bulan bercinta," ujarnya.

oktovia 1

Sama cantik sama padan, Oktavia pilih Khairul sebab sama-sama manja.

Sementara itu, Khairul berkata, dia tidak memandang status Oktovia sebagai ibu tunggal sebagai satu ukuran untuk mereka hidup bersama.

Katanya, dia juga mempunyai hubungan rapat dengan anak pelakon itu.

"Status dia bukan ukuran bagi saya, apa yang penting saya mahu halalkan hubungan ini," ujarnya.

Untuk rekod, Oktovia pernah berkahwin dengan Mohd Izat Abd. Rahman pada 23 Februari 2011 kemudian bercerai pada tahun 2015.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain, 10.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain