suria

Tak takut ambil risiko, Zoey Rahman hulur sumbangan kepada penghantar makanan

Zoey turun padang menghulurkan sumbangan.

DEMI memberikan sumbangan kepada pekerja penghantar makanan, pelakon Zoey Rahman terpaksa mengambil risiko berdepan dengan wabak Covid-19 yang kini semakin meningkat.

Bagaimanapun, Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, dia dan pasukannya mengikut prosedur operasi standard (SOP) sepanjang program itu berlangsung.

ARTIKEL BERKAITAN: Zoey Rahman minta netizen tak campur kemelut Siti Nordiana dengan lima sekawan - “Jangan siram minyak... biar mereka selesaikan di mahkamah”

"Saya tak kisah untuk turun padang menghulurkan bantuan sebab sepanjang program itu, saya dan team memang menjaga serta mengikut SOP.

Zoey 2

Zoey beri sumbangan kepada pekerja penghantar makanan.

"Lokasi itu juga dikawal oleh pasukan Rela yang akan memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Selain itu, kita berserah kepada Allah.

"Kalau nak kena (jangkitan Covid-19), itu adalah takdir yang sudah tertulis. Yang penting, kita kena sentiasa menjaga SOP," katanya kepada mStar.

Mikaseries Peduli merupakan program kemasyarakatan anjuran Mikaseries dengan kerjasama Big Mouth dan Mc Donald's Mutiara Damansara.

Alhamdulillah program ini mendapat sambutan banyak pihak

ZOEY RAHMAN

PELAKON

Program yang diadakan pada Jumaat lalu itu lebih fokus kepada sumbangan petrol, makanan dan barangan keperluan kepada pekerja penghantar makanan.

Dalam pada itu, Zoey memberitahu sebelum ini bantuan seperti barangan keperluan harian lebih tertumpu kepada golongan ibu tunggal.

Bersyukur program tersebut menerima sambutan banyak pihak, Zoey berkata dia dan pasukannya mengambil inisiatif lain dengan mendekati pekerja penghantar makanan.

Zoey 1

Zoey bersyukur program itu mendapat sambutan banyak pihak.

"Sebelum ini banyak sumbangan diberikan kepada golongan ibu tunggal dan lain lain yang berbentuk barang keperluan harian.

"Jadi pihak kami mengambil inisiatif lain untuk mendekati golongan frontliners yang banyak membantu masyarakat menghantar keperluan makanan sewaktu PKP.

"Alhamdulillah program ini mendapat sambutan banyak pihak. Insya-Allah lepas ini ada beberapa pihak lagi akan turut serta dan bekerjasama dengan kami," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain