suria

Zara Zya dituduh makan duit NGO sendiri, salah guna dana - “Saya masih waras… faham halal dan haram”

Pelakon Zara Zya luahkan rasa kesal dan kecewa ada segelintir pihak menuduhnya makan duit NGO sendiri.

PELAKON Zara Zya meluahkan rasa kecewa apabila niat baiknya membantu golongan susah dipersoalkan segelintir individu yang mendakwa dia mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.

Malah lebih teruk, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, dia dituduh menyalahgunakan dana yang dikumpul menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkannya.

"Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama lagi saya dan NGO sudah jalankan aktiviti bantuan. First projek saya sediakan PPE.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat ‘paid review’ aksi tak senonoh atas katil... Zara Zya minta rakyat Malaysia ‘open minded’ - “Selagi tak salah buat apa nak dengar orang cakap apa”

"Saya sedikit kesal dan kecewa apabila niat ikhlas saya untuk membantu ramai dipandang serong.

"Demi Allah saya tak ambil duit tu untuk tujuan peribadi, saya masih waras dan faham halal dan haram... hanya Tuhan saja yang tahu sumbangan tu sampai atau tidak ke tangan penerima, " ujarnya kepada mStar.

zara kongsi

Perkongsian Zara Zya di Instagram miliknya.

Menurut pelakon berusia 36 tahun ini lagi, setiap perkongsian video di media sosial berkaitan bantuan bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Sebaliknya, ia bagi memberitahu bantuan tersebut sudah diagihkan secara telus kepada yang layak menerimanya.

Biarlah saya yang sakit, tapi saya tak sanggup ada orang susah berlapar dan terus bersedih

ZARA ZYA

PELAKON

"Saya dah cuba buat yang terbaik untuk hulurkan bantuan, korbankan masa dan tenaga, gunakan tulang empat kerat ni untuk turun padang sendiri sampaikan bantuan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Biarlah saya yang sakit, tapi saya tak sanggup ada orang susah berlapar dan terus bersedih, ” ujarnya.

zara in

Zara menubuhkan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia Prihatin.

Tambahnya, penubuhan NGO Malaysia Prihatin adalah bagi mendapatkan dana dan sumbangan diagihkan dengan betul tanpa keraguan.

"Malaysia Prihatin yang saya tubuhkan ini tidak perlu diragui. Ia sah dan maklumat tentang kempen dan resit juga disediakan selepas sumbangan dibuat, ” ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain