suria

Sissy Imann jatuh kuda, mulut tak henti mengucap syahadah - “Nasib tak kena pijak!”

Sissy muat naik paparan skrin imbasan x-ray bahagian tulang belakangnya.

MALANG tidak berbau, itulah yang terjadi kepada penyanyi dan pengacara Sissy Imann yang terjatuh ketika menunggang kuda buat kali pertama untuk rakaman sebuah program TV pada Rabu.

Sissy menerusi Instagram miliknya memberitahu insiden itu berlaku ketika dia dalam perjalanan menaiki bukit dan secara tiba-tiba kuda yang ditunggang itu membuat pusingan semula dengan kelajuan penuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakaian di ABPBH dikritik tak menarik, Sissy Iman akhirnya dapat tajaan baju untuk hos 'Red Lounge' AJL35

Akibat gagal mengawal kuda tersebut, penyanyi berusia 26 tahun itu hanya mampu menjerit ketakutan apabila dia dilambung sebelum terjatuh.

Pengalaman pertama Sissy menunggang kuda membuatkan dia trauma.

"Hari ini merupakan pengalaman pertama saya menunggang kuda untuk sebuah program TV. Sejujurnya saya agak takut dan gementar, saya tidak mahu lakukannya tapi kuda itu baik dengan saya selepas beberapa pusingan memanaskan badan.

"Tapi Allah nak hapuskan dosa rasa-rasanya hari ini, masa dalam perjalanan naik bukit... kuda itu tiba-tiba buat pusingan semula dan turun bukit dengan kelajuan penuh.

"Memang literally rasa la kuasa kuda. Dalam hati memang berkali-kali lafaz syahadah dan saya menjerit sebab kuda tu turun bukit dengan laju. Akhirnya, saya pun terlambung jatuh ke sebelah kanan kuda bila dah sampai ke bawah," kongsinya.

Penyanyi lagu Pesanan Ayahanda ini turut memuat naik paparan skrin imbasan x-ray yang menunjukkan bahagian tulang belakangnya di Instagram miliknya.

Nasib tak dipijak kuda, cuma rasa la kaki kuda atas badan kita.

SISSY IMANN

PENYANYI

Rata-rata netizen dan rakan selebriti antaranya Siti Elizad, Neeta Manis, Haneesya Hanee, Yaya Zahir serta Wani Syaz turut mendoakan agar Sissy cepat sembuh.

Dalam pada itu, pemilik nama Sissy Imann Mohammad Kamil ini meluahkan rasa syukur dirinya tidak mengalami kecederaan yang serius biarpun badannya terhentak dengan kuat.

Menurut Sissy, dia kini sedang berehat di rumah dan menganggap insiden tersebut merupakan satu pengalaman yang membuatkan dia berasa trauma.

Sissy bersyukur dia tidak mengalami kecederaan serius.

"Nasib tak kena pijak kuda, cuma rasa la kaki kuda atas badan kita. Dah pergi klinik x-ray, so far doktor kata tak ada patah atau retak, bones are all fine Alhamdulillah cuma lebam dan luka calar-calar sana sini sebab terhentak jatuh but I swear to God it is so painful.

"Jadi doktor cucuk pain killer sebelum buat x-ray tadi sebab saya memang tak boleh baring langsung. Now I'm resting at home. Jalan pun orang kena papah, nak baring pun sakit.

"Satu pengalaman yang trauma setiap kali saya pejam mata, situasi dan perasaan turun bukit serta tercampak berulang kali bermain dalam fikiran saya," ujarnya.

Sementara itu, Sissy turut memohon doa daripada orang ramai agar dia diberikan kesembuhan dan berharap ibu bapanya berhenti menyalahkan diri mereka disebabkan insiden yang berlaku.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain