suria

Banjir dan hujan lebat di Pahang, Zetty Rashid, Nemo (Cherpen Band) tunda majlis resepsi - “Kami tak mahu ambil risiko, takut ada yang terkandas nanti”

Zetty dan Nemo tetap meneruskan majlis pernikahan pada Jumaat.

HANYA tinggal beberapa hari, penyanyi Zetty Rashid terpaksa mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis resepsi yang sepatutnya diadakan pada Sabtu di Jengka, Pahang.

Akui berasa sedih namun keputusan itu dibuat kerana enggan mengambil risiko susulan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Lancang ditutup akibat limpahan air disebabkan hujan lebat berterusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi mesra Zetty Rashid, Lan Solo selepas persembahan 'Vokal Mania' dikecam tak manis - “Dia abang saya... ada benda melibatkan keluarga yang tak boleh dikongsi”

Zetty bagaimanapun tetap akan meneruskan majlis pernikahannya dengan vokalis kumpulan Cherpen Band iaitu Nemo di Pejabat Agama Islam Jengka, Pahang pada Jumaat.



Zetty dan Nemo mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2018.

"Sepatutnya majlis persandingan kami pada Sabtu ini tapi melihat keadaan cuaca yang tidak menentu, kami tak ambil risiko dan memilih untuk tunda majlis itu.

"Insya-Allah untuk majlis pernikahan pula, tetap akan berjalan seperti yang dirancang iaitu pada Jumaat di pejabat agama. Asalkan perkara wajib dapat dilaksanakan.

"Sedih memang sedih sebab semuanya sudah dirancang dan hanya tinggal beberapa hari sahaja. Tapi dengan keadaan laluan di LPT naik air, saya tak nak la ambil risiko.

Insya-Allah dalam perancangan kami akan mengadakan majlis resepsi itu sekitar Februari.

ZETTY RASHID

PENYANYI

"Takut nanti kawan-kawan yang datang dari jauh, terkandas pula tak dapat balik disebabkan majlis saya," kata Zetty kepada mStar.

Penyanyi berusia 26 tahun itu sepatutnya melangsungkan majlis persandingan di Wisma Peneroka, Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang pada Sabtu ini.

Anak didik penyanyi Lan Typewriter dalam program Mentor Milenia 2016 ini dan Nemo mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2018.



Nama Zetty pernah menjadi perbualan disebabkan foto mesra dengan Lan Solo.

Dalam pada itu, bekas rookie program Vokal Mania ini memberitahu dia dan keluarganya merancang untuk mengadakan majlis tersebut sekitar Februari depan.

"Insya-Allah dalam perancangan kami akan mengadakan majlis resepsi itu sekitar Februari. Alhamdulillah, nasib baik pihak dewan tak ada masalah untuk saya tunda tarikh.

"Mula-mula saya terfikir juga nak buat di KL sebab ramai kawan di sana. Tapi bila difikirkan semula, kesian pula keluarga di kampung nak pergi ke sana nanti

"Apa-apa pun, saya harap semua boleh mendoakan majlis pernikahan saya dan Nemo berjalan dengan lancar," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain