suria

Tukar nama anak ‘last minute’ Ainan Tasneem pilih Faqeh Nael dan Faeqa Naela bawa maksud baik dan bijaksana - “Saya tukar ejaan dan sebutan”

Ainan Tasneem dan anak kembarnya, Faqeh Nael dan Faeqa Naela.

SELEPAS lebih dua minggu melahirkan sepasang anak kembar, penyanyi Ainan Tasneem akhirnya berkongsikan nama bayinya itu di Instagram pada Rabu.

Mengambil kira maksud yang baik, Ainan atau nama sebenarnya, Ainan Tasneem Redzuan, 29, memilih nama Faqeh Nael dan Faeqa Naela untuk anak kedua dan ketiganya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ainan Tasneem selamat lahirkan sepasang bayi kembar secara normal - “Semoga jadi penyejuk hati saya dan suami”

"Assalamualaikum aunty uncle semua! Nama kami (anak saya) Faqeh Nael dan Faeqa Naela.

"Faqeh Nael, (bermaksud) yang memahami, bijaksana, orang yang mencapai sesuatu dan yang suka memberi.

Ainan Tasneem berkongsi nama anak kembar, Faqeh Nael dan Faeqa Naela.

"Faeqa Naela, (bermaksud) yang paling baik, cemerlang, orang yang mencapai sesuatu dan yang suka memberi," kata Ainan.

Walau bagaimanapun, Ainan masih belum mendedahkan wajah anak-anaknya menerusi perkongsian tersebut.

Assalamualaikum aunty uncle semua! Nama kami (anak saya) Faqeh Nael dan Faeqa Naela.

AINAN TASNEEM

PENYANYI

Dalam pada itu, Ainan turut menjelaskan ejaan sebenar untuk nama anak kembarnya adalah Nayla dan Nayel yang akhirnya terpaksa ditukar pada saat akhir.

"Last minute saya tukar nama kembar daripada segi ejaan dan sebutan, tu yang tak sama dengan nama dekat sulaman itu," katanya.

Keluarga bahagia Ainan Tasneem.

Ainan selamatkan melahirkan pasangan kembar tersebut pada 18 Disember lalu di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam, Selangor.

Ainan berkahwin dengan Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi pada 7 Januari 2017.

Pasangan itu turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Ainan Salsabiela yang kini berusia tiga tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain