suria

Kumpulan Eva tersingkir GV7, Linda ambil keputusan bawa haluan sendiri - “Kami tak terikat dengan kontrak”

Linda dan ahli Eva berhak untuk bergerak solo.

TIADA angin tiada ribut, salah seorang anggota kumpulan Eva iaitu Linda dikatakan mahu bergerak solo selepas tersingkir di pentas Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Linda, 43, bagaimanapun menjelaskan semua ahli kumpulan itu berhak untuk bergerak solo memandangkan mereka tidak terikat dengan sebarang kontrak.

ARTIKEL BERKAITAN: Eva dan Indigo tersingkir biarpun terima komen positif juri, netizen sedih tiada lagi penyanyi berkumpulan di GV7

Namun tegas Linda, keputusan itu bukan dibuat selepas Eva gagal pada konsert minggu keempat GV7 seperti yang didakwa segelintir pihak.

Eva dianggotai empat orang ahli.

"Dalam kumpulan Eva, tak ada seorang pun tersekat. Semua ahli boleh bergerak solo sebab kami tak ada terikat dengan mana-mana kontrak.

"Lagipun sebelum GV7 lagi, saya memilih untuk bergerak solo tapi kami akan buat persembahan bersama sekiranya diperlukan.

"Saya bukan buat keputusan ini selepas kumpulan Eva tersingkir daripada GV7, saya memang dah lama bergerak solo sebenarnya," katanya kepada mStar.

Konsert minggu keempat GV7 yang berlangsung pada malam Ahad menyaksikan Eva dan Indigo gagal meneruskan perjuangan mereka pada minggu seterusnya.

Semua ahli boleh bergerak solo sebab kami tak ada terikat dengan mana-mana kontrak.

LINDA

PENYANYI

Rata-rata netizen di laman sosial meluahkan rasa sedih apabila tiada lagi kumpulan yang akan bersaing di pentas GV7.

Dalam pada itu kata Linda, biarpun tersingkir namun dia dan tiga ahli yang lain tetap bangga dengan pencapaian mereka.

Akui tidak kisah digelar 'makcik', Linda memberitahu bukan sesuatu perkara yang mudah untuk mereka berada di pentas pertandingan nyanyian pada usia kini.

"Kami reda dan akur dengan keputusan ini, tambah pula keputusan adalah daripada juri-juri yang sememangnya lebih arif dan hebat.

Linda dan ahli kumpulannya sudah lakukan yang terbaik di pentas GV7.

"Daripada minggu kedua lagi kami dah bersedia jika kami disingkirkan, cuma yang penting kami nak buat sehabis baik yang boleh.

"Secara peribadi saya rasa masa tak cukup sebenarnya, kami banyak tukar arrangement untuk cari kesesuaian masing-masing pada saat akhir.

"Kami tak kisah digelar makcik tapi untuk berada di pentas GV7 di usia sekarang ini bukan perkara yang mudah," ujarnya.

Selain Linda, kumpulan Eva yang popular dengan lagu Bulan Cinta itu turut dianggotai oleh Izzu (Izzudiawaty Izudin), Mimi (Miemie Mazlan) dan Rina (Yusrina Yusoff).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain