suria

Tiga lagu Yonnyboii layak ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 35, Peluang Kedua dan Aku Bidadari Syurgamu turut tersenarai... ini 30 lagu yang akan bersaing!

30 lagu layak ke pentas separuh akhir muzik-muzik dan rata-rata lagu penyanyi BBNU.

TIGA lagu nyanyian penyanyi dan komposer muda, Yonnyboii tersenarai di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 yang diumumkan pada malam Isnin.

Lagu yang layak itu ialah Kelabu duet bersama Azlan Type Writer, Sakit featuring Zynakal dan X Missing U gandingan bersama Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir dan Tuju.

Sementara itu, tujuh penyanyi mendapat dua pencalonan bagi edisi kali ini iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi lagu Aku Bidadari Syurgamu dan 7 Nasihat, Syamel dan Ernie Zakri (Takkan Terlerai/ Gundah/ Curang), Wany Hasrita (Canggung/ Belenggu Rindu duet bersama Datuk Jamal Abdillah), Stacy (Khayal dan Aku Kau Muzik bersama Akim Ahmad) dan Naim Daniel (Sembah/ Adakah Engkau Menungguku).

ARTIKEL BERKAITAN: Yonnyboii ubah lagu demi Zynakal - “Ketika itu dia sedang sedih dan bermasalah”

Selain itu, Dayang Nurfaizah menerusi lagu Sebentar serta X Missing U dan lagu nyanyian Azlan The Typewriter iaitu Jangan Khianati Aku.



Dua lagu Dayang Nurfaizah layak bersaing dalam SFMM35.

Lagu lain yang turut tersenarai dalam pencalonan separuh akhir SFMM35 ialah Gila nyanyian Kaka Azraff bersama Noki & Loca B, Tentang Rasa (Shila Amzah/ Judika), Semalam (Aina Abdul), Hello (Andi Bernadee & Ismail Izzani), Takkan Merubah (Sufian Suhaimi dan Amira Othman), Takdir Tercipta (Adira dan Hafiz Suip) dan Bicara Rasa (Ariff Bahran dan Sarah Suhairi).

Selain itu, lagu Hati nyanyian Hael Husaini, Eh (Zizi Kirana), Hutang (Floor88), Panggung (Apex Tajuddin), Peluang Kedua (Nabila Razali), I Want You To Love Me (Alif & The Locks) dan Kau Sakiti (Amir Masdi) melengkapkan 30 lagu yang layak.



Pertama kali lagu nyanyian Zizi Kirana memasuki pentas separuh akhir.

Lagu-lagu yang layak ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 35 akan bersiaran secara langsung di TV3 pada 20, 21 dan 22 November ini.

Ia akan dihoskan oleh Haziq Hussni dan Sherry Alhadad mengikut panduan panduan prosedur operasi standard (SOP).

Edisi tahun lalu, lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel dinobatkan sebagai Juara Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34)

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain