suria

Masalah tempo, Haslinda jadi peserta pertama tersingkir GV7, netizen luah rasa tak puas hati - “Dia nyanyi lagi bagus dari peserta lain!”

Haslinda tidak dapat meneruskan perjuangannya di pentas GV7.

MEMPUNYAI masalah dari segi tempo menyebabkan penyanyi Haslinda menjadi peserta pertama yang tersingkir pada konsert minggu kedua program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Haslinda yang menyanyikan lagu Kerana Terluka mendapat markah paling rendah iaitu 49.70 menyebabkan dirinya tidak dapat meneruskan perjuangan ke minggu hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tirai GV7 dibuka, persembahan Noraniza Idris dan Mus May curi perhatian - “35 tahun menyanyi... masih bertenaga!”

Penyanyi Muss mendapat markah tertinggi iaitu 80, manakala Linda Nanuwil 69.70 dan Cliff Umar di kedudukan ketiga menerima markah sebanyak 68.50.

Dalam pada itu, rata-rata netizen di laman sosial kecewa dengan penyingkiran penyanyi lagu Sehati Sejiwa itu menjadi peserta pertama tersingkir.



Antara komen netizen di Twitter.

Ramai yang berpendapat nyanyian Haslinda pada malam itu lebih baik daripada peserta lain.

“Rasanya Haslinda nyanyi lagi bagus dari beberapa peserta lain!”

“Haslinda tak nyanyi off key pun tetap jadi mangsa.

“Haslinda tak teruk sangat tadi. Ada lagi teruk. Apalah GV ini” ujar netizen di laman Twitter.

Konsert bertemakan ‘Sama Naik’ itu diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), secara langsung tanpa kehadiran penonton pada malam Ahad.



Muss mendapat markah tertinggi pada minggu kedua.

Dalam konsert minggu kedua, Cliff menyampaikan lagu Hanyut, Yantzen (Duit), Muss (Cinta Kristal), Oja (Sepenuh Hati), Nomad (Bila Tiba) dan Aju Success (Sambutlah Kasih).

Manakala peserta wanita iaitu Ashira (Sempurna), Ayu Damit (Ke Hujung Dunia) Rozita Izlyn (Hajat), Linda Nanuwil (Mungkinkah) dan Noraniza Idris (Akulah Kekasihmu).

Dua peserta berkumpulan pula iaitu Indigo mempersembahkan lagu Hadirlah Kasih dan Eva (Cinta Antara Benua).

Selain Ramli atau Tok Ram, kesemua peserta diadili seorang lagi juri tetap iaitu Datuk Khadijah Ibrahim selain penyanyi Jay Jay sebagai juri jemputan.



Persembahan Linda Nanuwil mendapat pujian juri.

GV7 masih mengekalkan Nabil Ahmad serta Jihan Muse sebagai hos bersama dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Dalam pada itu, segmen kongsi rezeki menyaksikan penyanyi Shuaib Freedom menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pihak penaja iaitu Farm Fresh dan Astro.

Anugerah Digi Next Level dimenangi oleh Linda Nanuwil manakala pemenang Bintang Cuckoo Healty Home jatuh kepada Ashira.

Juara Gegar Vaganza musim ketujuh bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain