suria

“Bukan untuk meratap atau menangis... cuma beri kesedaran” - Astro jawab kritikan anjur konsert tribute untuk Sandra Dianne

Neeta menyanyikan lagu baharu arwah Sandra berjudul Tulis di malam #SandraDalamKenangan.

KEPUTUSAN produksi Big Stage 2020 dan Astro mengadakan konsert tribute #SandraDalamKenangan pada malam Ahad, menerima kecaman dan kritikan segelintir netizen yang meluahkan rasa tidak wajar ia dilaksanakan.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, pihaknya membuat keputusan menghentikan konsert mingguan Big Stage 200 dalam masa singkat dan terpaksa menyusun semula siaran yang sepatutnya bagi menggantikan program itu.

Tidak melupakan dari sudut agama, Emarina memberitahu pihak produksi sudah terlebih dahulu mengadakan tahlil pada hari Allahyarham Sandra Dianne dilaporkan meninggal dunia, Jumaat lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suasana pilu dan titisan air mata iringi konsert #SandraDalamKenangan

Tambahnya, Astro juga akan mengadakan majlis tahlil secara besar-besaran pada malam Khamis depan dengan menjemput orang ramai untuk hadir.



Emarina menjelaskan keputusan mengadakan konsert tribute untuk arwah Sandra.

"Ramai haters yang kecam dan beri maklum balas negatif masa kita umum kenyataan rasmi. Ramai yang pertikaikan kenapa buat konsert. Anda tidak tahu apa perancangannya lagi tapi dah kecam dulu.

"Sebenarnya keputusan untuk adakan tribute Sandra agak mengejut sebab kami dapat berita hari Jumaat di mana bila tahu saja berita itu memang pertandingan itu tidak akan adakan.

"Semua orang agak kelam kabut sebab kena tukar round down hari jumaat itu. Nak kena fikir macam mana nak susun semula show ini. Sudah tentu Jumaat lalu, dah buat tahlil tapi tak jemput orang sebab ada SOP.

"Insya-Allah Khamis depan, kami akan buat tahlil cuma lokasi belum ada. Nanti kami umum, semua orang boleh datang," katanya kepada mStar.

Harap netizen di luar sana, kalau tak ada apa yang baik... lebih baik diam saja,

EMARINA MOHD KAMAL

PENGURUS SALURAN ASTRO RIA

Emarina ditemui ketika sidang media selepas konsert Big Stage tribute #SandraDalamKenangan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam, Ahad.

Konsert Big Stage 2020 minggu kelima yang sepatutnya berlangsung pada Ahad digantikan dengan konsert tribute istimewa untuk arwah Sandra.

Sandra atau nama sebenarnya Alessadra Dianne Ampuria, 26, yang dikenali dengan lagu Hey Kau meninggal dunia pada pukul 1 pagi, Jumaat selepas enam hari berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di ICU, Hospital Putrajaya.

Dalam pada itu, Emarina memberitahu pemergian arwah sangat memberi kesan kepada pihak poduksi dan semua peserta program tersebut yang sudah dianggap seperti satu keluarga.

Bagaimanapun, konsert tribute itu diadakan bukan bertujuan untuk meratap pemergiaan arwah namun hanya ingin memberi kesedaran kepada orang ramai.



Cikgu Shafi dan cikgu Hanafi menangis ketika berkongsi momen terakhir bersama arwah Sandra.

"Pihak produksi amat terkesan dengan pemergian arwah Sandra. Semua orang terkesan dan saya tak rasa semua orang boleh move on secepat itu. Terutama peserta yang sudah dianggap satu keluarga.

"Bukan nak meratap atau menangis... semua reda dengan takdir tapi kita cuma ingin berikan kesedaran. Kita tak tahu bila tiba masa kita pula.

"Harap netizen di luar sana, kalau tak ada apa yang baik... lebih baik diam saja," ujarnya.

Sementara itu, Emarina berkata tiada penambahan minggu dan lapan peserta iaitu Usop, Azzam Sham, Qody Rani, Fadh Majid, Nana Sheme, Farisha Iris, Dr Hafiz Zainal serta Dinie Rashid akan meneruskan perjuangan mereka di peringkat suku akhir pada Ahad depan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain