“Saya percaya job lebih luas tapi dugaan akan banyak” - Wan Sharmila berhijab pada ulang tahun ke-38 - Hiburan | mStar

“Saya percaya job lebih luas tapi dugaan akan banyak” - Wan Sharmila berhijab pada ulang tahun ke-38

Wan Sharmila memberitahu dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menutup aurat.

BEBERAPA posting yang dimuat naik pelakon Wan Sharmila ketika bercuti ke Osaka, Jepun baru-baru ini mengejutkan ramai peminat apabila dia tampil dengan imej bertudung.

Wan Sharmila atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Mohamed, 38, berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menutup aurat namun nekad melakukan perubahan itu sempena sambutan ulang tahun kelahirannya pada 12 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat Badan Wan Sharmila Susut Selepas Kematian Ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Sharmila Tak Rasa Malu Diberi Watak Tempelan

"Sebenarnya kalau ada sesiapa yang tanya tentang berhijab, saya takut nak cakap 'ya' tu. Selalunya saya akan minta mereka doakan sahaja... tapi apa yang saya sedang buat sekarang ni adalah saya cuba untuk ke arah itu.

Beberapa posting terbaharu dimuat naik Wan Sharmila dengan imej bertudung.

"Apa yang peminat lihat di Instagram itu sebenarnya ya, saya dah mula pakai tudung sejak tiga hari lalu. Tapi sepanjang tempoh itu saya tak post gambar walaupun tengah bercuti di Osaka ketika ini sebab sangat takut malah tiada siapa pun yang tahu mengenainya. Tiga hari saya 'peram' gambar dan tak post.

"Saya rasa sedih dan terharu sebab niat saya untuk berhijab ini sebenarnya sudah lama... tapi nak mulakan itu memang takut... jadi masa saya betul-betul nekad nak buat tu, saya lakukan ia masa hari jadi saya," katanya kepada mStar.

Selain itu, Wan Sharmila mendedahkan kemunculan dia mengenakan hijab dalam beberapa drama sebelum ini juga sebenarnya adalah permintaan peribadi dia sendiri sebagai mengajar diri untuk terus istiqamah.

Malah, dia juga sudah mula memilih dalam mengenakan pakaian yang bersesuaian.

Saya buat kerana ia tanggungjawab, bukan kerana fesyen.

WAN SHARMILA

Pelakon

"Saya mula pakai masa saya dekat Osaka kerana saya fikir mungkin masa balik ke Malaysia nanti saya tak rasa kekok. Tak dinafikan kalau kawan video call sekarang ni pun saya jadi segan... rasa sangat lain.

"Dalam lakonan-lakonan sebelum ini yang saya pakai tudung pun saya yang minta sebab saya suka dan sebenarnya nak belajar... sekarang ini juga pun saya dah mula memilih pakaian yang bersesuaian," katanya.

Dalam pada itu, Wan Sharmila berkata, dia tidak takut mengenai kurang tawaran berlakon sebaliknya percaya rezeki akan lebih luas selepas ini.

"Pada pendapat saya, pakai tudung sebenarnya job lebih luas tetapi dugaan akan lebih banyak... Ini bukan perkara main-main, saya buat kerana ia tanggungjawab, bukan kerana fesyen.

Penampilan bertudung menerusi drama sebelum ini merupakan permintaan peribadi Wan Sharmila kepada pihak produksi.

"Saya juga nak ucapkan terima kasih buat mereka yang DM, mesej dan doakan saya... malah ada kawan-kawan rapat yang menangis, mereka buat saya betul-betul terharu.

"Cuma saya harap tiada siapa yang judge mengenai penampilan saya selepas ini. Takut pula ada yang cakap tudung tak cukup labuh atau apa... saya cuma harapkan sokongan mereka," ujarnya.

Wan Sharmila , bertudung

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain