Peserta Dewi Remaja 2019 ‘dikurung’ 54 hari, elak kontroversi pesta arak berulang - Hiburan | mStar

Peserta Dewi Remaja 2019 ‘dikurung’ 54 hari, elak kontroversi pesta arak berulang

Peraturan bagi pertandingan Dewi Remaja kali ini diperketatkan bagi mengelak sebarang kontroversi berlaku.

BEBERAPA peraturan diperketatkan sepanjang pertandingan Dewi Remaja 2019 bagi mengelakkan kontroversi melibatkan masalah sosial yang terjadi pada tahun lalu tidak berulang kembali.

Editor Pengurusan Remaja, Fiezreen Ahmad berkata, 12 peserta yang bertanding akan dikuarantin di sebuah rumah khas sepanjang program berlangsung.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesta arak... Haneesya Hanee mengaku salah, gelaran juara Dewi Remaja dilucutkan

ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya Hanee umum undur diri daripada Twitter - “Ini Sulli punya kata-kata terakhir kan? Tak baiknya ambil ayat orang”

Malah, perkembangan media sosial mereka dipantau bagi mengelakkan peristiwa lepas tidak berulang.

"Dewi Remaja kali ini menyaksikan kesemua peserta akan dikuarantin sepanjang 54 hari berterusan di sebuah rumah khas.

Seramai 12 peserta bakal bertanding bagi merebut gelaran juara Demi Remaja 2019.

"Mereka juga akan dipantau dalam menguruskan media sosial bagi mengelakkan peristiwa lama berulang,” ujarnya kepada mStar.

Dewi Remaja 2018/2019 mencetuskan kontroversi apabila kejuaraan Haneesya Hanee ditarik balik berikutan penyebaran video pesta arak bersama beberapa peserta lain.

Perkara itu menjejaskan imej pertandingan yang telah melahirkan ramai selebriti popular tanah air yang menjadi idola remaja.

Fiezreen ditemui ketika sidang media memperkenalkan peserta Dewi Remaja 2019 di Nicsmann 1940s By Lewre, The Starling Mall, Petaling Jaya pada Selasa.

Tambahnya, kategori baharu berkaitan pengetahuan am turut diperkenalkan dan menjadi salah satu kriteria pemarkahan peserta.

Mereka akan dipantau dalam menguruskan media sosial bagi mengelakkan peristiwa lepas agar tidak berulang.

FIEZREEN AHMAD

Editor Pengurusan Majalah Remaja

"Dewi Remaja kali ini turut menyuntik elemen pengetahuan am sebagai salah satu elemen utama dalam memilih peserta yang disenarai pendek," ujarnya.

Seramai 12 peserta itu iaitu Andrianna Fernandez, 19, Shaza Nuriman, 24, Nynaa Harizal, 23, Sharlina Gilbert, 23, Nina Amin, 23, Syamira Izzati, 22, Adriana Ghaafar, 21 dan Aishah Azhan, 24.

Turut bertanding Shatirah Amanda, 19, Saidah Syahirah, 23, Myra Natasya, 24 dan Syaza Azra, 19.

Dewi Remaja edisi ke-10 ini bakal bersiaran setiap hari Sabtu, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 26 Oktober.

Gelaran juara Dewi Remaja Haneesya Hanee (tengah) dilucutkan berikutan kontroversi pesta arak.

Bekas juara Dewi Remaja 2005/2006 dan pelakon terkenal Scha Al Yahya akan menjadi juri tetap bersama gandingannya, iaitu pengarah dan penyanyi, Yusry Abdul Halim.

Dalam pada itu, model dan selebriti, Amelia Henderson akan bertindak sebagai hos program berkenaan.

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain