“Saya edit bukan nak besarkan pungkoq atau nampak seksi” - Masya Masyitah mengaku tak sengaja sunting foto sampai dinding jadi bengkok - Hiburan | mStar

“Saya edit bukan nak besarkan pungkoq atau nampak seksi” - Masya Masyitah mengaku tak sengaja sunting foto sampai dinding jadi bengkok

Masya memuat naik foto sebelum (kanan) dan selepas disunting olehnya.

PENYANYI Masya Masyitah terkejut apabila foto lamanya tular dan menjadi bahan jenaka netizen di laman sosial.

Menurut Masya atau nama sebenarnya Siti Nur Masyitah Yusoff, 19, dia mengakui telah membuat suntingan terhadap foto tersebut tetapi tiada niat ingin memperlihatkan punggungnya lebih seksi seperti didakwa netizen.

"Hi semua, okey semalam tiba-tiba ada orang menularkan gambar yang agak lama dah Masya kongsi. Dan masa itu tak ada seorang pun komen fasal edit pungkoq (punggung) ke apa semua ini.

"Bila semalam tiba-tiba viral, Masya pun terkejut. Selepas itu Masya tengok balik, aah la, memang edit. Okey, Masya mengaku Masya edit.

Antara komen positif dan negatif di ruang status penjelasan Masya di IG.

"Tapi bukan untuk nak tayang saya ada pungkoq besar ke apa sebab Masya jenis tak suka pungkoq besar. Tengok gambar pertama ini yang sebenar," katanya menerusi Instagram pada Selasa.

Foto yang memperlihatkan Masya memakai baju dan seluar berwarna putih dimuat naik oleh seorang pengguna laman Twitter sehingga mendapat perhatian netizen.

Menerusi kapsyen di foto itu, individu berkenaan mempertikaikan tindakan penyanyi itu menyunting gambar sendiri sehingga menyebabkan bahagian dinding belakangnya menjadi bengkok.

Bukan untuk nak tayang saya ada pungkoq besar ke apa sebab Masya jenis tak suka pungkoq besar. Tengok gambar pertama ini yang sebenar.

MASYA MASYITAH

Penyanyi

Dalam pada itu, Masya menjelaskan tindakan dia menyunting foto tersebut untuk menghilangkan kedutan di bahagian pahanya.

"Kenapa Masya edit? Masya edit sebab itu tengok kat bahagian paha tu jadi bukit-bukit tu, tak tahu kenapa. Mungkin Masya tak betulkan seluar sebelum pose.

"Saya mengaku la salah saya sebab edit. Saya edit bukan sebab nak besarkan pungkoq atau bagi nampak lagi seksi tapi untuk meluruskan semula bahagian ketak itu.

"Tak sangka la sampai dinding itu pun tertarik sekali," ujarnya.

Masya tidak kisah netizen kecamnya.

Sementara itu, Masya mengucapkan terima kasih kepada individu yang menjadikan fotonya sebagai bahan jenaka.

"Kepada @yuraarose, terima kasih viralkan saya kat Twitter dan jadikan foto saya sebagai bahan lawak untuk korang. Tak sangka la awak ini memang stalk habis-habis fasal saya.

"Minat benar ya? @Yuraarose kalau tak puas hati mari DM. Yang maki saya macam-macam itu, maki saja la. Kalau itu yang buat korang gembira, saya okey," katanya.

Masya Masyitah

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain