suria

Isu berlian palsu jejaskan bisnes Vida “Orang hilang percaya, empayar saya musnah!”

Vida akan menyimpan dan memakai rantai berlian yang diberikan kepada Aishah sebagai hadiah sebelum ini.

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Vida memberitahu perniagaan emas dan batu permata yang diusahakannya terjejas gara-gara kontroversi hadiah barangan kemas palsu yang dibangkitkan oleh penyanyi Aishah.

Menurut Vida atau nama sebenar Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, kepercayaan orang ramai terhadap produknya semakin menurun dan dia mengalami kerugian jutaan ringgit.

"Setahun mahkamah netizen menuduh rantai itu palsu sehingga meranapkan empayar perniagaan saya, kepercayaan hilang dan bisnes yang saya bina selama ini musnah.

ARTIKEL BERKAITAN: Berlian palsu hadiah Datuk Vida, mesin pengesan tak berbunyi - Aishah

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah pilih 5 barang kemas termasuk sebentuk cincin lelaki, Vida harap kemelut berlian palsu berakhir

"Perniagaan saya terutamanya barangan kemas mengalami kerugian mendadak. Kalau dikira anggaran sebulan saya boleh dapat dalam RM10 juta, tetapi selepas isu saya kehilangan pendapatan hampir 80 peratus.

Dua butir berlian dan tiga cincin berjumlah RM80,000 dipilih Aishah sebagai ganti hadiah sebelum ini.

"Saya percaya itu semua takdir dan ada hikmah di sebaliknya. InsyaAllah kejayaan selepas ini diiringi doa, keikhlasan dan kebangkitan empayar Datuk Seri Vida akan bermula," katanya.

Vida ditemui semasa sidang media penyerahan barangan kemas yang bakal dimiliki oleh Aishah di One World Hotel, Petaling jaya, Selangor pada Rabu.

Dalam majlis tersebut, jutawan berasal dari Kelantan ini turut menunjukkan lima jenis barang kemas yang dipilih Aishah sebagai ganti rugi kepada berlian palsu dimenangi penyanyi pada program Gegar Vaganza musim keempat lalu.

Kemelut rantai berlian didakwa palsu menyebabkan perniagaan Vida terkesan.

Lima jenis barang kemas bernilai RM80,000 itu terdiri daripada dua butir berlian dan tiga bentuk cincin termasuk sebentuk cincin lelaki.

Ditanya mengenai rantai berlian 'palsu' yang diberikan kepada Aishah sebagai hadiah pada GV4 lalu, Vida berkata aksesori tersebut akan menjadi sejarah dan kenangan terindah dalam hidupnya.

"Tentang rantai itu, saya akan simpan dan jadikan sejarah. Ia adalah kenangan terindah dalam hidup saya dan saya akan pakai.

"Rantai itu cantik sangat, sebelum ini tak pernah pakai tapi lepas ini saya akan pakai sebab roh dan jiwa saya ada dalam rantai itu," ujarnya.

Datuk Seri Vida

Artikel Berkaitan

Artikel Lain