suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Harap Ramadan tahun ni rajin, iman lebih kuat” - Mira Filzah mahu capai azam untuk khatam al-Quran

Mira harap azam untuk khatam al-Quran pada bulan Ramadan tahun ini tercapai. Foto: AZMAN GHANI.

SEMPENA menyambut kedatangan bulan Ramadan tahun ini, pelakon Mira Filzah berharap azamnya untuk khatam al-Quran tercapai.

Menurut Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, dia tidak dapat menunaikan azam itu sebelum ini kerana sibuk bekerja pada bulan puasa.

"Ya nak khatam al-Quran masa bulan puasa azam setiap tahun Mira tapi tak pernah tercapai lagi.

Antara perkongsian azam pengikut Mira di laman sosial.

"Bila bulan puasa pun kita kerja, shooting, mulalah ke laut azam tu. Harap tahun ini Ramadan lebih rajin, iman lebih kuat," kata Mira.

Pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan ini berkongsi perkara tersebut menerusi Instastory bagi membalas perkongsian peminatnya yang turut mempunyai azam yang sama.

Selain itu, Mira juga mengajak peminatnya untuk mencuba memahami setiap lafaz dan makna di sebalik surah yang dibaca dalam solat.

Mira Filzah.

"Insya-Allah! Mungkin bulan Ramadan ini juga kita boleh cuba memahami setiap lafaz dalam solat kita termasuklah maksud dan makna di sebalik Al-fatihah dan surah-surah lain yang kita baca dalam solat. Ya?" ujarnya.

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok (Isnin), 6 Mei 2019, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Mira Filzah

Artikel Lain