suria

“Tak kisah orang mengata, saya pernah dibenci satu Malaysia” - Haqiem Rusli jawab tiru Ismail Izzani

Haqiem tampil dengan lagu berbahasa Inggeris berjudul What Can I Do For You. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI.

PENYANYI Haqiem Rusli menyangkal dakwaan segelintir netizen mengatakan muzik video lagu terbaharunya, What Can I Do For You meniru konsep seperti pernah dihasilkan oleh Ismail Izzani dalam lagu Luar Biasa.

Menurut Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 21, persamaan itu berlaku mungkin disebabkan lokasi penggambaran yang lebih kurang sama membuatkan muzik video itu kelihatan seakan serupa.

"Sejujurnya, video muzik lagu saya itu tidak ada meniru sesiapa pun. Mungkin kelihatan lokasi video muzik yang sama dengan Ismail tapi dari segi muzik memang  berlainan.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum hafal lirik, Haqiem Rusli tak yakin nyanyi lagu baharu di 'A Night With Haqiem Rusli'


Haqiem mahu mencuba sesuatu yang baru.

"Malah, lagu Ismail itu tidak sepenuhnya bahasa Inggeris. Tapi saya tak kisah orang nak mengata sebab sebelum ini pun saya pernah dibenci satu Malaysia.

"Namun apa sahaja komen atau kritikan, saya ambil secara positif sahaja. Kalau ada yang salah, Insya-Allah saya akan betulkan," katanya kepada mStar Online.

Lagu hasil ciptaan Haqiem sendiri bersama Shazee yang berbahasa Inggeris itu mula dilancarkan di Youtube pada 21 Mac lalu dan kini mendapat lebih 517,000 tontonan.

Dalam pada itu, Haqeim mengakui dia ada berasa bimbang dengan penerimaan pendengar setiap kali mengeluarkan lagu terbaharu.


Haqiem mengambil komen serta kritikan netizen secara positif.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Selamat Tinggal Sayang ini tetap mengambil risiko dengan cubaan pertama menghasilkan lagu berbahasa Ingeris sepenuhnya.

"Setiap kali nak keluar lagu baru, mesti saya rasa takut kalau lagu itu tak dapat diterima pendengar. Macam lagu Jatuh Bangun pada awalnya saya ingat peminat tak suka.

"Tapi Alhamdulillah menjadi juga. Jadi apa salahnya nak cuba benda baru. Kalau tak jadi tu, tak apa la. Lagipun, sebenarnya saya seorang yang suka mencuba benda baharu." ujarnya.

Baru-baru ini Haqiem mengadakan showcase A Night With Haqiem Rusli di Dewan Tunku Abdul Rahman (MaTic), Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain