PU Riz pilih pendekatan menegur secara peribadi berbanding terbuka - Hiburan | mStar

PU Riz pilih pendekatan menegur secara peribadi berbanding terbuka

PU Riz lebih selesa menegur secara senyap.

PENCETUS Ummah Riz Ismail (PU Riz) berkata dia lebih selesa mengambil pendekatan menegur sesuatu perkara secara peribadi tanda diketahui umum.

PU Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail, 24, dia juga enggan membuat teguran terbuka seperti dilakukan pendakwah lain berikutan tidak gemar bercakap tentang peribadi orang lain.

"Saya ambil pendekatan menegur secara senyap dan orang tidak tahu tentang itu.

"Lagi pula saya tidak gemar menyentuh peribadi orang lain kerana saya akui diri saya sendiri pun bukan baik sangat.

"Bagi saya manusia biasa pasti tidak lari daripada membuat kesilapan," ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz tinggalkan kerjaya seni untuk sambung belajar undang-undang

PU Riz kini menyambung pengajian di UIAM.

PU Riz yang kini menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengulas beberapa isu kebelakangan ini sering menerima teguran terbuka daripada pendakwah bebas.

Bagaimanapun, PU Riz berkata, dia menyokong usaha teguran terbuka yang dibuat beberapa pendakwah menerusi media sosial.

Katanya, terdapat keadaan yang memerlukan teguran dibuat secara terbuka.

"Saya lebih suka cara teguran ketika berada di majlis agama dan hanya dihadiri keluarag atau individu itu sendiri.

"Namun saya juga menyokong cara teguran terbuka kerana ada keadaan yang memerlukan teguran dibuat secara terbuka," ujarnya.


PU Rizz

Artikel Lain