suria

Izreen Azminda, 3 bulan alami pendarahan

Izreen Azminda tidak sabar menanti kelahiran anak bersama Ude.

PELAKON Izreen Azminda memberitahu dia mengalami pendarahan dan alahan yang teruk selama tiga bulan awal kehamilan anak pertama hasil perkahwinan dengan Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude.

Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 34, berkata dia tidak boleh mengangkat barang berat dan melakukan pergerakan yang banyak ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulillah… Tahniah bekas madu, ‘bonda’ pun dalam perjalanan bahagia” - Ucapan Intan buat Izreen Azminda

“Masa tiga bulan awal kehamilan itu memang saya tak boleh buat apa-apa. Saya mengalami alahan yang teruk dan pendarahan sepanjang tiga bulan tu.

“Kalau angkat barang berat je, akan berlaku pendarahan. Jadi, saya kena kurangkan pergerakan sepanjang waktu tu. Selain itu, memang kerap muntah la.

“Tapi Alhamdulillah semua tu saya alami hanya untuk tiga bulan sahaja. Selepas daripada itu, saya dah okay. Semuanya berjalan dengan baik,” kata Izreen kepada mStar Online.

Pelakon itu ditemui pada majlis Mek Kembang Cotton Fashion Show di Ampang Glasshouse, Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu.

Kandungan Izreen kini sudah memasuki enam bulan dan dia dijangka bakal melahirkan cahaya matanya pada awal Julai depan.

Izreen dan pemuzik program Gegar Vaganza itu berkahwin pada berkahwin pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.

Dalam pada itu, Izreen dan suaminya masih belum dapat mengetahui jantina anak mereka dan akan berkongsi perkara itu sekiranya sudah ada pengesahan daripada doktor.

Bagaimanapun, Izreen juga berharap untuk dikurniakan anak perempuan memandangkan anak sulung hasil perkahwinan terdahulu adalah lelaki.

“Buat masa sekarang memang tak tahu lagi jantina anak kami. Bila buat pemeriksaan tak nampak pula. Tapi kalau dah ada pengesahan, sudah tentu kami akan berkongsi.

“Sudah semestinya saya berharap juga dapat anak perempuan. Sebab dah ada anak lelaki. Tapi kalau bayi ni pun lelaki, saya okey juga. Janji bayi saya sihat,” ujarnya.

Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.

Menerusi perkahwinan pertama, pelakon itu dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini sudah berusia lima tahun. 

Izreen Azminda

Artikel Lain