suria

Noryn, Misha dan Siti Sarah cari peminat hanya dengan ‘hashtag’

Gandingan tiga penyanyi hebat ini iaitu Misha (dari kiri), Siti Sarah dan Noryn Aziz bakal menggegarkan Panggung Sari, Istana Budaya.

TIGA penyanyi hebat Noryn Aziz, Misha Omar dan Siti Sarah kini mencari peminat bertuah yang akan diberi peluang untuk menyaksikan persembahan eksklusif mereka dalam Soul Sisters Concert pada April depan.

Peminat bertuah bukan sahaja berpeluang menyaksikan konsert itu malah dapat beramah mesra dengan ketiga-tiga penyanyi tersebut sejurus selepas selesai persembahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah terkedu sertai Misha Omar dan Noryn Aziz dalam ‘Soul Sisters’

Peminat yang ingin merebut peluang itu hanya perlu mengambil gambar bersama rakan dengan membuat gaya seperti trio Soul Sisters dan memuat naik di Instagram berserta hastag #SoulSistersConcertChallenge pada ruangan kapsyen.

Konsert Soul Sisters bakal diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Kesemua pemenang bertuah akan dipilih sendiri oleh Noryn, Misha dan Sarah.

Konsert Soul Sisters adalah terbitan produksi pertama Edd Razhe Entertainment (ERE) dan konsert yang akan berlangsung selama dua malam itu bakal dipentaskan pada 5 dan 6 April 2019 di Panggung Sari, Istana Budaya.

Tiket boleh didapati melalui AirAsiaRedTix pada harga RM755 (Meet & Greet), RM555 (Diamond) , RM355 (Platinum) , RM255 (Gold) dan RM155 (Silver).

Artikel Sebelum

Artikel Lain