suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suntik bibir? Ernie Zakri jelaskan ia teknik solekan

Ernie Zakri memberitahu bibirnya kelihatan mungil disebabkan teknik solekan. Foto Instagram @erniezakri

PENYANYI Ernie Zakri menyifatkan dakwaan kononnya dia melakukan suntikan pada bahagian bibir untuk kelihatan lebih mungil adalah sebagai lucu.

Sebaliknya kata Ernie, bibirnya kelihatan berbeza disebabkan teknik solekan bagi mendapatkan bentuk lebih menarik.

"Sebenarnya apa yang membuatkan bibir saya nampak mungil sebab teknik solekan selain penggunaan gincu dan pengilat bibir bagi memberi visual lebih menarik.

"Kelakar juga dengan dakwaan itu tetapi tidak mengapa saya anggap ia sebagai perkara positif sahaja," katanya.

Ernie Zakri.

Ernie ditemui pada malam Anugerah ERA Digital Muzik Awards 2018 (EDMA 2018) yang berlangsung pada malam Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Ernie berkata, dia tidak perlu cepat melatah apabila dikaitkan dengan gosip sedemikian kerana ia perkara lumrah dalam hidup seorang selebriti.

Malah kata penyanyi lagu Ku Bersuara ini, netizen tetap akan bersuara tidak kira apa juga jawapan diberikan tentang sesuatu isu dan dia lebih selesa mendiamkan diri.

"Sekiranya saya menafikan, orang tetap akan bercakap mengenainya... Jadi jalan paling mudah adalah tidak perlu risaukan mengenainya," ujarnya.

Ernie Zakri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain