suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muat naik video rumah jiran terbakar, Zarina dikecam tak beri bantuan

Zarina muat naik kebakaran yang berlaku di hadapan rumahnya.

PELAKON Zarina Zainoordin menjelaskan dia tidak membantu memadam kebakaran yang berlaku di hadapan rumahnya kerana tidak mempunyai kepakaran dalam melakukan perkara itu.

Bagaimanapun, Zarina berkata, sebagai jiran, dia sudah menjalankan tanggungjawabnya dengan menghubungi pihak bomba.

"Cukup sekadar kami hubungi bomba, tak pakar nanti bawa padah, sedangkan yang pakar pun belum tentu berakhir dengan selamat, apa lagi kita.

"Alhamdulillah, tiada siapa pun dalam rumah itu," ujarnya di Instagram.

Zarina menjelaskan dia sudah membantu jirannya dengan bertindak menghubungi bomba.

Zarina menjelaskan perkara itu selepas dia dikecam oleh netizen kerana memuat naik video kebakaran tersebut dari dalam rumahnya.

Netizen yang menulis komen negatif itu mempertikaikan tindakan Zarina yang tidak memberi bantuan kepada jirannya.

Zarina Zainoordin

Artikel Lain