Wany Hasrita mohon maaf pada Tajul atas salah faham 'tidak relevan' - Hiburan | mStar

Wany Hasrita mohon maaf pada Tajul atas salah faham 'tidak relevan'

Wany sudah berjumpa dengan Tajul dan jelaskan perkara sebenar.

PENYANYI Wani Hasrita menganggap rakan duetnya, Tajul masih belum mengenali dirinya dan dia memohon maaf atas salah faham yang berlaku antara mereka.

Wani, 26, berkata dia sudah berjumpa dan menjelaskan kepada Tajul mengenai kenyataan mengenai mereka 'tidak relevan' itu sebenarnya datang daripada peminat mereka.

"Mungkin Tajul belum kenal saya lagi, jadi dia tak dapat bezakan betul ke saya cakap macam tu. Dia pula tak tanya saya selepas membaca artikel tersebut.

"Saya bukan jenis suka bergaduh. Kalau ada masalah, saya cakap depan-depan. Kebetulan keesokkan harinya, kami ada sesi fotografi, saya terus bertanya kepadanya. Pada mulanya, dia memang marah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel tak relevan, Tajul minta peminat maafkan Wany Hasrita


Pada awalnya, Tajul berasa terkilan dengan kenyataan Wany mengenai gandingan mereka.

"Tapi saya jelaskan yang saya tidak bermaksud kami sudah tidak relevan untuk berduet tapi peminat yang kata begitu," katanya kepada mStar Online.

Pemilik nama Nurshazwany Hasrita Hasbullah ditemui ketika pusingan akhir Pencarian Gadis Panca MyBeauty 2018 di Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Sebelum ini, Bintang Paling Popular 2018 ini mengeluarkan kenyataan menerusi artikel sebuah portal mengatakan gandingan duetnya bersama Tajul sudah tidak relevan buat masa sekarang.

Menerusi temu bual Tajul bersama mStar Online pada Jumaat, dia akui terkilan dengan kenyataan tersebut namun menganggap kekecohan yang timbul berpunca daripada salah faham antara dia dan pihak media.

Wany Hasrita.

Bagaimanapun, pelakon filem Enjin No.9 itu memohon agar netizen berhenti menghentam Wany yang dikatakan seakan lupa daratan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Menahan Rindu ini memberitahu dia dan Tajul perlu memikirkan strategi baharu untuk mendapatkan karya yang lebih segar untuk peminat mereka.

"Saya rasa sudah tiba masanya untuk kami berdua fikirkan sesuatu yang baharu supaya dapat memberikan karya yang lebih segar untuk peminat.

"Bukan bermaksud tiada lagu duet antara kami. Mungkin selepas ini, kami kena ubah lagu untuk mengikut apa kehendak peminat." ujarnya.

Setakat ini, Wany dan Tajul sudah menghasilkan tiga lagu duet iaitu Di Sana Cinta Di Sini Rindu, Rindu Dalam Benci dan terbaharu, Aku Serius.

Wany Hasrita , Tajul

Artikel Sebelum

Almy Nadia lahir anak perempuan ketiga

Artikel Berikut

Lebih Artikel

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta