Amir kecewa hilang hampir 100,000 pengikut

Amir mulakan bab baharu.

PENYANYI Amir Masdi kecewa apabila akaun Instagram miliknya yang mempunyai hampir 100,000 pengikut digodam individu tidak bertanggungjawab.

Amir berkata, perkara itu berlaku dengan pantas dan dia kini berusaha untuk mendapatkan semula akaun tersebut.

"Seperti yang anda lihat, akaun rasmi saya digodam sejak beberapa hari lalu. Jangan tanya bagaimana ia berlaku kerana semuanya terlalu pantas.

"Perkara ini memberi kesan kepada saya jadi ini adalah akaun baru mungkin untuk sementara atau kekal bergantung sama ada saya mampu dapatkan semula akaun lama," ujarnya di Instagram.

Ikuti akaun Amir Masdi di @amir_masdi.

Penyanyi lagu Puas ini berkata, akaun baharu dengan @amir_masdi yang baru didaftar ini menjadi bab baru dalam kehidupan kerjayanya sebagai artis.

Dia berjanji untuk memuat naik kandungan dan foto-foto yang terbaik sebagai kenangan dalam akaun tersebut.

"Ini merupakan bab baru saya dalam kerjaya sebagai penyanyi. Saya akan cuba untuk memberikan kandungan yang terbaik.

"Terima kasih kerana terus menyokong kerjayanya sehingga kini," ujarnya.

Tambahnya, dia tidak boleh terus berasa putus asa dengan apa yang berlaku.

"Kita tak boleh tunduk dan putus asa, ambil nafas dan teruskan perjuangan sehingga kita sampai ke destinasi.

"Allah perancang yang terbaik, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya," ujarnya.

Amir Masdi

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain