suria

Saya perempuan tulen, bukan pondan... dah ada empat anak - Beby Maembong

Beby dikecam di laman Instagram kerana berpakaian seksi seperti seorang maknyah. Foto Instagram @beby_maembong

GARA-GARA foto berpakaian seperti duyung tular di media sosial, kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Beby Maembong menerima kecaman netizen.

Menjawab tuduhan tersebut, Beby atau nama sebenar Nurulaini Ismail, 29, memberitahu dia merupakan seorang wanita sejati dan telah memiliki empat orang cahaya mata.

"Dari dulu orang tak percaya saya perempuan, saya wanita tulen. Saya sudah berkahwin dan merupakan ibu kepada empat orang anak kandung.

"Tak tahu dekat mana yang nampak macam pondan tu sampai saya dituduh sedemikian oleh netizen, rasa kecil hati bila tengok komen tu.

Beby menerima tuduhan kononnya dia bukan wanita sejati.

"Mungkin isu sensitif yang sedang hangat diperkatakan membuatkan kita yang wanita asli ni pun turut terpalit sama," katanya.

Sementara itu, Beby berkata tuduhan itu tidak berasas dan menafikan dia telah menjalani pembedahan pada tubuh untuk kelihatan sempurna.

Bagaimanapun, model dan usahawan Slimdollz ini enggan ambil pusing dengan kecaman tersebut kerana ia sama sekali tidak benar.

"Bila kita terlalu ambil berat tentang tubuh dan wajah, orang kata kita pondan pula, bagi saya, biasalah perempuan dan kecantikan.

"Yang tak masuk akal, saya kata pinggang saiz 23 inci pun orang tuduh kononnya buat pembedahan untuk nampak sempurna.

"Kalau masih ada yang nak kata saya ni bukan wanita tulen, terpulanglah. Saya dah tunjuk bukti dengan tayang suami dan anak-anak. Saya tak mahu simpan dendam dan bersedia memaafkan mereka," ujarnya.

Menerusi Instagram, Beby turut meluahkan kekecewaan dan menjelaskan berulang-kali mengenai status dan jantina dirinya itu.

Rata-rata pengikut meminta dia terus bersabar dan mengabaikan komen negatif yang dilemparkan tersebut.

View this post on Instagram

[TOPIC PONDAN] mungkin sebab topic LGBT tengah hot sekarang sebab tu org xpercaya yg wanita tulin pon boleh cantik.. Isu ni timbul sejak beby mula upload gambar/ video size pinggang beby 23inci.. Tu yg nitizen mula buat andaian "ni Confirm pondan operte pinggang jadi kecik mcm tu”. . Ok beby explain mcm mana bole dapat pinggang secekak mcm ni... Sejak saya keguguran anak ke5 pada April2018. Saya start “pasang body”.. masa tu x la gemok sgt.. Pinggang 29inci je. Berat 63kg. Tapi ada suara2 yg cakap "dia ni tokey bengkung tp badan tembam" ?‍♀️ mmg la tembam.. I br lepas gugur lah! I mmg jenis xsuka kecoh kat media social yg i mengandung.. So bila gugur pon xde siapa tahu. May,2018 sebulan lepas gugur beby mula masukan gambar "body kerengga" yg kenal beby mmg teruja dengan transformasi beby, yg xkenal tu la mula ckp beby pondan, mula ckp x tulin ni.. Confirm operate tu.. Alang2 dia buang telo dia buang rusuk sekali ?‍♀️?‍♀️". Habis tu kalau iols pondan iols beranak guna lubang hidung ke? Bersin keluar baby? Hahaha. Xpe iols xkesah.. Xperlu try hard nak buktikan apa apa.. Iols pondan pon Pondan la.. Yg penting body iols transform dengan @slimdollz_hq menjadi. Sebab tu i betul2 nak guide akak akak, adik adik yg x confident dengan badan sendiri jadi cantik.. Sebab awak MEMANG CANTIK!!. ??‍♀️??‍♀️XOXO sayang semua. . @slimdollz_hq. @bebydollz_chocolate_slim. @bebydollz. WWW.SLIMDOLLZ.COM. . . #LGBT #DuyungSecekak #DuyungKerengga #SlimDollzMermaidSquad #MermaidPinggangKerengga #mermaidhair #mermaidmalaysia #duyungmalaysia #bengkungbersalin #BebyMaembong #SlimDollz #redhairdontcare #redhair #BengkungBebyMaembong #bengkung #bengkungmoden #bengkungmurah #slimming #positif #aurapositif #redhair #SlimDollz #Mermaid #MermaidIsReal #redhaircolor #bebydollz #bebydollzchocolateslimming #bebydollzchocoslim #bebyee #curvesarebeautiful #malaysia #malaysiakini

A post shared by Mermaid Malaysia Slimdollz_hq™ (@beby_maembong) on

Beby Maembong

Artikel Lain