“Tak perlu marah terjerit-jerit, ia tak didik masyarakat” - Idris Khan - Hiburan | mStar

“Tak perlu marah terjerit-jerit, ia tak didik masyarakat” - Idris Khan

Idris luah pendapat di laman sosial.

PELAKON Idris Khan berpendapat adegan marah dalam kebanyakkan drama Melayu tidak perlu dilakukan dengan penyampaian yang menjerit-jerit.

Idris berkata, perkara itu boleh dilakonkan lebih baik dan bersesuaian dengan adab budaya Melayu dan agama Islam sendiri.

"Saya rasa drama Melayu tidak perlu sampaikan adegan marah dengan jerit-jeritan melainkan wataknya begitu.

"Jika cerita di luar negara kita lihat jarang sekali marah jerit-jerit macam nak terkeluar anak tekak," ujarnya.

Idris tak setuju adegan marah dilakukan secara terjerit-jerit.

Tambah pelakon Duda Terlajak Laris ini, sebagai pelakon dia seharusnya mendidik masyarakat untuk melepaskan perasaan marah dengan cara yang lebih dihormati.

Katanya, kekuatan mesej yang ingin disampaikan dalam babak tersebut bukan dari ketinggian suara semata-mata.

"Saya pun penat berlakon terjerit-jerit ni, kekuatan mesej bukan dari ketinggian suara tetapi intipati mesej tersebut.

"Kita harus didik masyarakat menjadi seorang yang lebih hormat-menghormati," ujarnya.

Idris Khan