suria

Festival Ukulele Kuala Lumpur bakal sajikan hiburan terbaik

Festival Ukulele bakal membariskan persembahan artis seperti Maisarah dan Yus Zainal. FOTO: KakiSeni

PETALING JAYA: Penganjuran Festival Ukulele Kuala Lumpur pastinya dinanti-nantikan penggemar muzik tanah air.

Bakal berlangsung selama dua hari pada 17 dan 18 November ini, festival itu juga akan dimeriahkan dengan konsert utama pada hari kedua penganjuran.

Antara yang bakal membuat persembahan ialah Yus Zainal, Alyssa Dezek, Valentia Band dan kumpulan-kumpulan tempatan seperti Bukit Mahkota Ukulele, Doreen and Momo dan Angel X Rocksta'.

Malah, ia juga bakal disertai penyanyi muda Maisarah Ukulele yang sebelum ini pernah mencipta nama dengan lagu Prasetia dan Si Kacak.

Maisarah Ukulele juga bakal membuat persembahan dalam acara itu.

Selain konsert, festival berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran empat pengajar ukulele professional dari dalam dan luar negara.

Mereka adalah William Kok dari Malaysia, David Chen dan GJ Lee (Taiwan), dan PaoGumba (Filipina).

Festival yang bakal berlangsung di Tingkat 5, Sunway Velocity Mall ini dianjurkan oleh Pesatuan Ukulele KL dan Selangor.

Selain persemebahan muzik, ia juga bertujuan untuk mempromosi alat muzik berkenaan dalam arena seni tempatan.

Sementara itu, mereka yang berminat untuk menyertai festival ini ataupun mempunyai sebarang persoalan mengenai penganjurannya boleh menghubungi Lisza Abd Kadir di talian 0193391445.

Artikel Lain