suria

Farid Kamil akan dipanggil atas dakwaan cuba dirasuah RM5 juta kerajaan terdahulu

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari berhubung laporan polis dibuat terhadapnya berkenaan dakwaan cubaan dirasuah RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.

PETALING JAYA: Polis akan memanggil pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari berhubung laporan polis dibuat terhadapnya berkenaan dakwaan cubaan dirasuah RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat ketika mengesahkan perkara itu berkata, laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Kota Damansara pukul 6 petang semalam, oleh seorang lelaki berusia 43 tahun yang mewakili Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.

“Dalam laporan polis itu, pengadu mendakwa telah melihat satu video di Youtube, di mana Farid Kamil memberitahu dia cuba dirasuah RM5 juta oleh kerajaan terdahulu bagi memaafkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

“Pengadu mendakwa Farid Kamil sengaja reka cerita untuk menjatuhkan imej Najib dan Rosmah dan mendakwa jika betul berlaku, kenapa Farid Kamil tidak membuat laporan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia),” katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.

Sehubungan itu, beliau berkata pelakon dan pengarah tersebut akan dipanggil dalam masa terdekat.

Tambah Fadzil lagi, kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana kesalahan fitnah.

Dalam video yang dimuat naik dalam Youtube MyFokus Online pada 7 Nov lepas, Farid Kamil dalam program terbitan TV Al-Hijrah berjudul “Nak jadi artis ke nak jadi ahli politik?” mendakwa beliau cuba dirasuah sebanyak RM5 juta oleh pihak kerajaan terdahulu untuk memaafkan Najib dan Rosmah.

Farid Kamil

Artikel Lain