suria

“Baby aktif macam mak dia, tak duduk diam” – Fizi Ali

Fizi tak sabar bergelar bapa. Foto Instagram: @fizialisuria

PENYAMPAI radio Suria FM iaitu Fizi Ali meluahkan rasa teruja dan tidak sabar bergelar seorang bapa apabila melihat bayi dalam kandungan isterinya semakin membesar.

Fizi atau nama sebenarnya Muhd Hafizudin Alimudin, 29, berkata, bayi dalam kandungan yang kini berusia empat bulan itu berada dalam keadaan sihat dan aktif.

"Tak tahu nak cakap macam mana, perasaan gembira, sedih semua ada. Rasa macam baru semalam je kahwin. Alhamdulillah, tak lama lagi nak jadi bapa pula.

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Koriri dah hamil, Fizi Ali bakal jadi bapa

"Tapi baby ni aktif sangat macam mak dia, tak boleh duduk diam," katanya menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

Fizi dan isteri Shakilla.

Fizi berkahwin dengan pelakon Shakilla Koriri pada 18 Februari 2018. Mereka mengikat tali pertunangan terlebih dahulu pada 16 Julai 2017 selepas empat tahun bercinta.

Sebelum ini menerusi laporan mStar Online, Fizi memberitahu dia tidak melarang isterinya untuk terus bekerja ketika dalam keadaan hamil selagi mampu.

"Dia seorang yang lasak tidak boleh duduk diam. Terpulang pada dia, jika tidak larat dia akan berehat.

"Sebagai suami, saya menyokong apa jua yang dilakukan Shakilla dan akan sentiasa berada di sisinya," ujarnya.

Fizi Ali, Shakilla Khoriri

Artikel Lain