suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zamani, Amelina dan Shafie dapat penghormatan juri minggu pertama GV5

SHAH ALAM: Konsert pembukaan program Gegar Vaganza (GV) 5 menyaksikan tiga orang peserta menerima ‘standing ovation’ daripada barisan juri.

Penyanyi yang mendapat penghormatan tersebut ialah Shafie (Rio), Amelina, dan Zamani.

Amelina turut menyampaikan persembahan memukau menerusi lagu Rindu.

Shafie menyanyikan lagu Layu Di Hujung Mekar manakala Amelina membawakan lagu Asyik dan Rindu, Zamani pula tampil memukau dengan Gerimis mengundang.

Turut menyajikan persembahan bertenaga ialah Safura, Dia Fadila, Maya Ruslee dan Noryn Aziz.


Shafie (Rio) membuktikan dia masih berbisa menerusi lagu Layu Dihujung Mekar

Selain dari itu, kumpulan Elite, duo Billy Zulkarnain dan kumpulan Forteen memecah tradisi dengan penyertaan mereka sebagai artis berkumpulan dalam program tersebut.

Tidak terlepas persembahan Hetty Sarlene dan Farahwahida yang mengimbau kenangan peminat.

Barisan bintang GV 5

Minggu pertama GV5 diadili dua orang juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim disamping juri jemputan, Datuk AC Mizal.

GV bakal berlangsung selama lapan minggu dan bersiaran setiap Ahad jam 9 malam bertempat di Dewan MBSA, Shah  Alam.

Tiada penyingkiran pada minggu ini.

Artikel Lain