suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guna foto promo produk buah dada, Didi Astillah mestilah bengang

Didi Astillah tegur produk besarkan payudara guna foto miliknya.

PENYANYI Didi Astillah menegur tindakan peniaga produk menggunakan foto miliknya tanpa kebenaran bagi mempromosi produk berkaitan buah dada.

Malah, Didi, 22, berkata, dia turut diserang ejen yang kurang senang dengan penjelasannya berkaitan produk berkenaan di laman sosial pada Jumaat.

"Seriuslah pakai gambar saya tanpa kebenaran untuk promosi produk buah dada besar awak? Takpa saya suka buah dada saya. Terima kasih," ujarnya di Instagram pada Jumaat.

Didi berkongsi mesej peribadi ejen yang menyerangnya di Instagram.

Didi menerusi Instastory turut berkongsi mesej peribadi dan ugutan yang diterima daripada salah seorang ejen produk tersebut.

Individu tersebut meminta penyanyi berkenaan memadam posting berkenaan kerana dianggap tidak profesional dan merosakkan perniagaannya.

Sementara itu, penyanyi lagu Fikirkan Kamu ini berkata, dia tidak akan memadam posting tersebut berikutan apa yang dilakukan individu berkenaan disifatkan sebagai peras ugut.

"Baru nak remove (padam) posting instastory saya tadi atas budi bicara pengasas dia yang baik tapi ejen dia yang lebih-lebih. Dia yang salah tapi dia nak sound kita macam ni?

"Patut ke profesional, awak rasa tindakan awak tu profesional ke?" soalnya.

Didi Astillah

Artikel Lain