Jozan ditegur tiada adab, tak hormat ilmu agama disampaikan PU Azman - Da'i Wan - Hiburan | mStar

Jozan ditegur tiada adab, tak hormat ilmu agama disampaikan PU Azman - Da'i Wan

Jozan diminta lebih berhati-hati mengelolakan program Jozan Live.

PENCERAMAH muda Da'i Wan menegur tindakan pelawak yang juga hos program Jozan Live yang didakwa tidak menghormati ilmu agama dan takzirah yang disampaikan PU Azman.

Wan Dazrin Wan Din berkata, kedua-dua pengacara popular itu seharusnya diam sejenak dan menunjukkan akhlak yang baik sepanjang takzirah itu disampaikan.

"Keterbukaan selalu ada dalam cara menyampaikan dakwah, namun saya harap Zizan Razak dan Johan bila takzirah disampaikan, khususnya ayat Quran dan hadith baginda Nabi, kalian diam sejenak, bagi penghormatan.

"Tiada masalah bercanda. Tetapi perlu kena pada waktunya," tulisnya secara terbuka di laman sosial.

Teguran Wan Dazrin di media sosial pada Jumaat.

Jozan Live yang disiarkan pada 22 Ogos lalu menampilkan tetamu undangan Zahirah MacWilson dan Diana Danielle dan Pencetus Umah Azman.

Program tersebut ditayangkan pada pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna.

Dalam pada itu, usaha menyelitkan isi agama dalam program hiburan adalah sesuatu yang sangat murni berbanding hiburan sia-sia.

Bagaimanapun, pengelolaan pengacara tersebut perlu diubah dan lebih menjaga sikap dan adab ketika menemubual tetamu undangan.

"Untuk sekian kali ini bantu sampaikan teguran untuk ubah cara pengelolaan Jozan lebih menjaga adab ketika ilmu disampaikan," katanya.

Selain itu, Wan Dazrin berharap gandingan selebriti itu mampu memberi lawak jenaka yang lebih berfaedah dalam program berkenaan.

"Saya tahu kemampuan kalian Jozan banyak pengalaman, kalian boleh hasilkan yang tervaik. Tunjukkan lawak yang pengajar manusia menjadi lebih bernilai tinggi pada adab dan ilmu.

"Kita suka pada jenaka tapi penuh kesopanan dan kalaupun ada jenaka masih tahu menghormati," tulisnya.

Da'i Wan Dazrin , Jozan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain