suria

Marah projek komersial tak dibayar, Fathia umpamakan pekerja TV3 macam Dajal

Fathia Latiff sering terpimpit dengan kontroversi.

TIDAK puas hati kononnya khidmat beliau dalam sebuah acara stesen televisyen tidak dibayar, aktres Fathia Latiff menyelar TV3 dan menuntut pihak terbabit menyegerakan bayaran itu.

Pelakon drama Ariana Rose itu mendakwa dia mempunyai kontrak bagi membuktikan tuntutan yang dibuat itu adalah wajar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ia urusan saya dengan Allah”- Rakaman Fathia solat dalam kereta jadi pertikaian

“TV3, Media Prima tolong pulangkan duit saya untuk projek kormersial yang pernah saya buat beberapa tahun lalu. Jangan putar belit cerita.

“Kontrak ada semua jawapan dan baca betul-betul sebelum mendengar daripada pekerja-pekerja anda,” ujarnya dalam status dikongsi di Instagram miliknya pada Rabu.

Inilah status yang dikongsi Fathia di laman sosialnya bagi meluahkan kemarahan kepada pihak TV3 dan Media Prima.

Dalam pada itu, Fathia, 31, turut meminta agar namanya tidak lagi disenaraihitamkan daripada membintangi drama atau telefilem terbitan stesen tersebut.

Dia turut mendakwa pekerja-pekerja di stesen televisyen itu bersikap tidak adil apabila memilih pelakon-pelakon baharu membintangi drama mereka.

“Sebab tu rating turun sebab pekerja TV3 macam ‘dajal’. Cerita-cerita sedap suka hati korang tolak. Lepas tu pelakon baru korang sukalah sebab senang nak buli.

“Korang sedar tak korang kuli batak. Produser hebat penat pitching tapi korang ambil cerita lemau kampung yang tak stimulate dengan otak,” tulisnya.

Apa-apa pun Fathia Latiff seorang wanita yang cantik. FOTO: Instagram Fathia.

Tambah Fathia menerusi kapsyen pada status berkenaan, dia hanya digunakan untuk menaikan rating rancangan hiburan stesen itu apabila ditemubual dalam rancangan hiburan Melodi.

Fathia terkenal dengan mulut lantangnya sejak kebelakngan ini selain terpalit dengan pelbagai isu dan kontroversi yang dicetuskan melalui perkongsian di media sosial.

Untuk pengetahuan pembaca Dajal ialah makhluk yang akan diturunkan Allah pada akhir zaman bertujuan bagi menyesatkan manusia dan orang Islam beriman harus berdoa bagi mengelak daripada fitnah makhluk itu.

Fathia Latiff

Artikel Lain