“Seperti mahu botak dan hentak kepala ke dinding” - Puteri Sarah - Hiburan | mStar

“Seperti mahu botak dan hentak kepala ke dinding” - Puteri Sarah

Puteri Sarah berkongsi pengalaman hamil anak kedua. Foto Instagram : @puterisarahliyana

MEMASUKI usia kandungan tiga bulan, pelakon Puteri Sarah memberitahu dia kerap mengalami sakit kepala yang teruk.

Sarah atau nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 33, berkata, gejala itu sedikit sebanyak menganggu urusan hariannya sebagai isteri dan ibu.

"Selalu wanita hamil mengalami alahan muntah-muntah, tapi saya tak ada simptom itu cuma mengalami sakit kepala yang agak teruk.

"Sampaikan saya rasa nak botakkan rambut dan hentak kepala ke dinding kerana tak tahan sakit tersebut.

Puteri Sarah kini sedang hamil anak kedua.

"Sakit kepala dan pening dari pagi sampai ke malam, terpaksa tahan sakit sebab tak mahu bergantung pada ubat tahan sakit sahaja," katanya kepada mStar Online.

Puteri Sarah ditemui semasa tayangan perdana filem Munafik 2 yang diadakan di MM Cineplex, Petaling Jaya, Selangor.

Sementara itu, isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof ini berkata dia kini lebih berselera menikmati hidangan yang baru dimasak.

Puteri Sarah bersama suami tercinta, Syamsul Yusuf.

"Setakat ini tak ada mengidam yang pelik-pelik lagi, cuma saya tak boleh nak makan lauk yang dimasak hari semalamnya.

"Saya lebih berselera makan hidangan yang segar dan masih panas. Setiap hari terasa nak menu berlainan, sebelum ni tak ada masalah pun makan makanan yang sama," ujarnya.

Bercakap mengenai perkembangan seni, Sarah memberitahu dia hanya akan menerima tawaran lakonan arahan suami atau bapa mertua iaitu Datuk Yusuf Haslam.

Puteri Sarah dan Syamsul bersama anak sulung mereka, Syaikhul Islam.

Baginya, bekerja bersama suami lebih memudahkan dia untuk menguruskan waktu dan tidak berjauhan dengan keluarga.

"Saya hanya akan berlakon jika filem atau drama itu diarahkan oleh mereka sahaja kerana kalau bekerja dengan orang lain nanti susah nak jumpa sebab masing-masing akan sibuk.

"Apabila kerja bersama lebih mudah untuk menguruskan keluarga, tambahan pula saya kini berbadan dua!," katanya.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata Syaikhul Islam yang kini berusia 1 tahun 4 bulan.

Puteri Sarah Liyana , Syamsul Yusuf

Lebih Artikel