Banyak pendapat negatif, Awal Ashaari tutup ruangan komen - Hiburan | mStar

Banyak pendapat negatif, Awal Ashaari tutup ruangan komen

Awal enggan beri ruang untuk dikutuk netizen.

PENGACARA Awal Ashaari bertindak menutup ruangan komen di semua foto ketika dia menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW 2018) yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya.

Suami kepada pelakon Scha Alyahya itu menjelaskan perkara itu dilakukan bagi mengelak segelintir netizen yang meninggalkan komen-komen negatif di ruangan itu. 

"Saya akan menutup semua komen pada foto-foto sekitar KLFW kerana saya tidak mahu memberi ruang kepada segelintir orang yang seronok menilai, mengecam dan mengeluarkan kata-kata kesat serta membenci.

"Anda boleh pergi ke platform lain. Terima kasih,” tulisnya di Instagram.

Antara komen netizen yang menyebabkan Awal tutup komen di foto KLFW 2018

Awal dan Scha antara selebriti yang hadir dan memberi sokongan terhadap beberapa pereka fesyen tempatan dan antarabangsa pada pertunjukan fesyen yang berlangsung selama seminggu di Pavilion itu.

Bagaimanapun, foto-foto yang dimuat naik di laman sosial itu sering mendapat perhatian dengan pelbagai reaksi netizen.

Awal dan Scha antara selebriti yang hadir beri sokongan di KLFW 2018.

Segelintir netizen tidak menerima dan mengkritik penampilan dan aksi pasangan itu ketika berada di pentas peragaan.

Sebelum ini, aktres penampilan Nabila Huda ketika di KLFW 2018 turut mendapat perhatian dan dikritik netizen.

Nabila yang mengayakan fesyen ala 1950-an itu dikatakan memperlekeh pemakaian hijap apabila menggayakannya dengan baju seksi.

Awal Ashaari , Scha Alyahya

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel