“Tolong jangan pegang perut aku!” - Siti Elizad - Hiburan | mStar

“Tolong jangan pegang perut aku!” - Siti Elizad

Elizad dan suaminya, Shamsul Baharin.

PELAKON Siti Elizad berang dengan tindakan segelintir tetamu yang sering bertanya soalan berkaitan cahaya mata kepadanya ketika sedang sibuk meraikan Aidilfitri.

Elizad atau Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, menyifatkan soalan itu sebagai sensitif dan tidak menghormati perasaan orang lain.

"Kepada makcik-makcik bawang, yang kepochi (kepoh) masa beraya, ini aku nak cakap sikit bagi lekat dekat kepala. Soalan di hari raya, bila nak ada anak? Bila nak buat anak? Tak ikhtiar ke? Cara tak betul ke?

"Mari sini aku nak cakap aku ni manusia biasa, jadi tiada jawapan untuk semua itu," tulisnya di Twitter dan Instagram miliknya pada Selasa.

Elizad mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman, 46, pada 11 Januari 2015.

Antara luahan Elizad di laman sosialnya.

Lebih menjengkel lagi kata Elizad, pertanyaan tersebut diikuti dengan tindakan memegang dan mengusap perutnya.

Pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu berkata, pertanyaan tersebut juga menjejaskan emosinya untuk beraya.

"Sekarang aku faham macam mana budak-budak bujang yang belum ada jodoh, kau sibuk tanya bila nak kahwin? Aku yang sudah kahwin belum ada anak orang sibuk tanya bila nak ada anak?

"Pegang-pegang perut aku sambil cakap belum ada isi ke dalam? Menunjukkan betapa ceteknya didikan kau, kau rasa seronok ke melawak tentang benda tu semua?" ujarnya.

Elizad mengingatkan agar orang ramai tidak lagi bertanya tentang itu kerana ia bukanlah satu gurauan.

Elizad berharap orang ramai lebih mengambil kira perasaan orang lain.

Tambahnya, sebagai seorang manusia biasa, dia sendiri tidak mengetahui rezeki dan jalan hidup yang sudah disusun untuknya.

Malah, dia juga mempunyai harapan untuk dikurniakan cahaya mata seperti mana pasangan suami isteri lain.

"Berhenti bertanya soalan begitu. Kalau tiada soalan nak tanya atau tidak reti bergurau lebih baik diam.

"Belajarlah menghormati perasaan orang sebab itu aku ni jenis tidak lama beraya dekat rumah orang," katanya.

Siti Elizad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain