Elvira juara Mentor Otai, bawa pulang RM100,000 - Hiburan | mStar

Elvira juara Mentor Otai, bawa pulang RM100,000

Elvira juara musim pertama program Mentor Otai. Foto Instagram @tv3malaysia

SHAH ALAM: Protege Misha Omar, Elvira diumumkan sebagai juara pertandingan Mentor Otai yang berlangsung di Sri Pentas ‪2, Plaza Alam Sentral‬, di sini pada malam Ahad.

Elvira atau Elvira Carrie Olga Arul, 39, menyampaikan dua buah lagu iaitu Bukan Dia Tapi Aku nyanyian asal Judika dan Nur Nilam Sari duet bersama Azlan Typewritter.

Elvira menewaskan tiga orang pesaingnnya yang tidak kurang hebat iaitu Azee yang juga protoge Zarul Husin, Alina (Siti Sarah) dan AJ (Tam Spider).

Kemenangan itu melayakkan Elvira menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

Azee terpaksa berpuas hati ditempat kedua.

Menurut juri tetap, Edry Abdul Halim, Elvira mempunyai kelebihan dari minggu pertama dan dilihat lebih menonjol daripada yang lain.

“Kita nampak kelebihan Elvira dari minggu pertama. Kami ada memikirkan bagaimana mahu membuat keputusan agar masing-masing mendapat peluang.

“Tapi Elvira nampak lebih menonjol dan dia sangat memuaskan hati kami. Dia boleh lakukan persembahan yang baik.

“Malah, kami rasa penyanyi profesional pun tak mampu nak lakukan persembahan seperti dia,” kata Edry kepada mStar Online.

Alina Hassan mendapat tempat ketiga.

Azee atau Aznie Ariffin, 41, yang memenangi tempat kedua menerima wang tunai RM50,000 dan tempat ketiga milik Alina Hassan, 50, membawa pulang wang tunai RM20,000.

Manakala AJ atau Kamarol Azril Al’azemi, 42, turut menerima wang tunai sebanyak RM5,000.

Persembahan empat peserta dinilai oleh juri tetap Edry Abdul Halim dan Mark Adam yang mempengaruhi 50 peratus daripada markah keseluruhan.

Manakala markah ditambah pula dengan 20 peratus undian juri awam yang terdiri daripada wakil industri hiburan dan 30 peratus undian atas talian.

Malam kemuncak Mentor Otai itu dihoskan oleh Haziq Hussni dan Elly Mazlein dan turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Kugiran Masdo dan Saleem.

Mentor Otai

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain