Dapat RM100,000, Elvira pilih berehat di pantai - Hiburan | mStar

Dapat RM100,000, Elvira pilih berehat di pantai

Elvira menjuari Mentor Otai dan membawa pulang wang tunai RM100,000. Foto: SHAARI CHEMAT.

JUARA program realiti Mentor Otai iaitu Elvira belum memikirkan bagaimana dia akan menggunakan wang kemenangan yang diperolehi sebanyak RM100,000.

Elvira atau nama sebenarnya Elvira Carrie Olga Arul, 39 berkata dia ingin berehat sementara dan memilih pulau sebagai lokasi percutian.

"Saya memang tak terfikir lagi nak buat apa dengan duit kemenangan itu. Sebab saya sendiri tak jangka akan menang.

ARTIKEL BERKAITAN: Elvira juara Mentor Otai, bawa pulang RM100,000

Misha berbangga dengan protegenya.

"Dan akan bawa pulang wang tunai sebanyak itu. Buat masa sekarang ini, saya hanya fikir nak pergi pantai dan berehat," kata Elvira kepada mStar Online.

Elvira ditemui selepas pengumumannya sebagai juara Mentor Otai yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Ahad.

Dia menewaskan tiga orang pesaingnnya yang tidak kurang hebat iaitu Azee yang juga protoge Zarul Husin, Alina (Siti Sarah) dan AJ (Tam Spider).

Kemenangan itu melayakkan protege kepada penyanyi Misha Omar ini menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Setiap peserta membawa pulang wang tunai.

Dalam pada itu, Elvira memberitahu antara cabaran terbesar pada malam akhir program realiti itu adalah menjiwai lagu Nur Nilam Sari yang tidak pernah didengarinya.

"Saya rasa cabaran yang paling besar adalah nak memahami dan menjiwai lirik lagu Nur Nilam Sari itu.

"Nak sampaikan secara jujur setiap lirik lagu itu kepada pendengar. Sebab saya tak pernah dengar lagu ini.

"Tapi tak mungkin semua ini terjadi tanpa keluarga dan sokongan daripada semua orang termasuk peserta dan mentor yang lain yang sudah dianggap seperti keluarga," ujarnya.

Gabungan dua vokal antara Elvira dan Azlan yang mantap.

Selain lagu menyanyikan lagu nyanyian asal Awie dan Search berduet dengan Azlan Typewriter, Elvira turut menyampaikan lagu Bukan Dia Tapi Aku nyanyian asal Judika.

Protege kepada Zarul Husin iaitu Azee atau nama sebenarnya Aznie Ariffin, 41, memenangi tempat kedua dan menerima wang tunai RM50,000 serta trofi.

Manakala tempat ketiga yang membawa pulang wang tunai RM20,000 serta trofi milik Alina Hassan, 50 dan AJ atau Kamarol Azril Al’azemi, 42, turut menerima wang tunai sebanyak RM5,000.

Elvira , Misha Omar , Mentor Otai

Artikel Berikut

Jangan tamak kata Khai Bahar

Artikel Berkaitan